Kehadiran Sephora di malam ulang tahun Ke-25 EH! bukan sekadar memberikan sentuhan glamor, tetapi mengangkat keseronokan dan kemewahan acara ini dengan dengan variasi produk kecantikan yang berkualiti tinggi yang diserikan oleh gaya solekan versatil para tetamu yang hadir.
Penglibatan jenama solekan terkemuka ini telah mencipta pengalaman yang indah buat EH! bahkan sepanjang pengambaran EH! Top 25. Melalui berkolaborasi bersama, sephora telah mengekalkan standard di acara EH! 25 dengan membuktikan keunggulannya dalam menyediakan produk yang berkualiti tinggi.
Acara malam itu diserikan dengan sentuhan istimewa, dan ia juga menjadi platform buat jurusolek profesional mempamerkan kreativiti mereka dengan menampilkan kepelbagaian solekan selebriti Malaysia, sekaligus mengukuhkan lagi posisi EH! sebagai acara yang sentiasa relevan dalam mengenakan trend kecantikan dan fesyen di Malaysia.
Terkenal dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dan telah diperakui oleh jurusolek professional, sephora terus membuktikan keunggulannya dengan menjadikannya label yang dipercayai dalam industri kecantikan dengan menjadi penyumbang kepada kejayaan di setiap acara dan penampilan selebriti di pentas.
Seiring dengan prestasi dan reputasi yang cemerlang, sephora tidak hanya memenuhi standard industri, tetapi kualiti terjamin yang dipersembahkan oleh Sephora membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi dan kualiti, menjadikannya salah satu jenama yang paling dicari dan dipercayai di pasaran.
Semasa malam acara tersebut, sephora telah meraih perhatian tetamu yang hadir, dengan membuka ruang eksklusif buat para tetamu untuk mengenali dan mencuba secara langsung produk-produk ikonik mereka. Apa yang lebih menarik lagi, pemberian goodies percuma juga diberikan kepada para tetamu yang hadir, menambahkan lagi pengalaman dan keseronokan malam tersebut.
Acara yang menghimpunkan pelbagai personaliti terkemuka dalam industri kecantikan dan fesyen, kehadiran Sephora pastinya memberikan daya tarikan tersendiri dengan menunjukkan bahawa mereka bukan hanya sekadar barang solekan, tetapi juga pemacu kreativiti dan kehebatan solekan selebriti sepanjang pengambaran sehingga ke acara malam EH! 25 itu.
Tidak hanya mencipta impak visual yang hebat, tetapi juga memberi peluang kepada rakan media, selebriti, dan influencer untuk mengetahui lebih mengenai produk mereka. Kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh sephora sememangnya memberikan pengalaman yang penuh makna dalam acara EH! 25 tahun ini.
Artikel Berkaitan: #EHTOP25 Dayang Nurfaizah