Dunia sains dan kecantikan sering sahaja melangkah seiringan, dari tahun ke tahun ada sahaja inovasi dan penemuan baharu yang bisa merubah landskap dunia penjagaan dan riasan kulit, rambut, tubuh mahupun haruman.
Tahun lalu sempena meraikan 25 tahun EH!, kami menyenaraikan lebih 20 produk ikonik dari penjagaan kulit, haruman, item belaian rambut hinggalah bermacam produk solekan. Tema produk ikonik itu sendiri seiring dengan tagline sambutan jubli perak kami ‘Relevan Merentas Era’, jadi tentunya banyak produk yang dianggap mega dalam dunia kecntikan yang tidak tenggelam dengan lambakan produk baharu biar usianya sudah berpuluh tahun.
Tahun ini EH! memilih konsep Inovasi Baharu kerana kami percaya dalam dunia kecantikan yang banyak bergantung pada dunia sains dan teknologi, akan ada saja produk yang tampil dengan inovasi terkini mahupun penemuan baharu yang dilihat berkesan dalam membelai kecantikan.
Dunia ketika ini sedang rancak dengan artificial intelligence atau singkatannya AI, dan dengan ini AI dilihat sebagai satu medium untuk individu melakukan analisis kulit secara peribadi, mendapat khidmat nasihat tentang produk yang bersesuaian.
Dari segi material pula, bahan vegan akan terus dikaji dan diperbanyakan kerana ia dilihat mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar, lebih sustainable. Begitu juga dengan pembungkusan, produk yang dibungkus dengan bahan mesra alam akan lebih mendapat tempat di hati pengguna.
Dalam senarai pilihan kami, ada 13 produk utama yang menjadi highlight EH! Best of Beauty 2025 Inovasi Baharu, dan kami akan umumkan satu persatu bulan ini. Stay tuned!
Imbas pemenang di EH! Best of Beauty yang lalu di pautan INI!