Buih-buih halus yang membersihkan kulit diiringi aroma yang menyegarkan antara elemen penting dalam meletakkan produk terbaru Aesop, Eleos Nourishing Body Cleanser sebagai Krim Mandian Pilihan EH! tahun ini.
Eleos Nourishing Body Cleanser adalah buah tangan terbaru Aesop yang akhirnya terlancar selepas lebih lapan tahun menjalankan eksperimentasi dalam mendapatkan formula terbaik. Malah pembersih badan dalam tiub ungu ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi krim pembersih tubuh pertama Aesop hasil kajian yang dijalankan di makmal Aesop sendiri yang berpangkalan di Melbourne, Australia.
Inovasi yang disuntik oleh Aesop menerusi krim mandian yang beraroma campuran bau kayu-kayan, herba dan ‘spicy’ ini ternyata berbeza dengan gel mandian yang mereka ada. Teksturnya ringan dan formula emulsinya menghasilkan buih-buih halus yang menelusuri tiap lekuk tubuh yang bukan sekadar membersih malah menghidrat, halus dan mulus.
Objektif utama Aesop dalam penghasilan krim mandian ini ialah mahukan sesuatu yang membuatkan kulit terasa selesa dan segar sebaik digunakan. Pakar di Aesop menjalankan uji kaji dan eksperimentasi berulang kali dalam mengadun minyak dan surfactants ke dalam asas emulsi demi memastikan kestabilan tekstur krimnya.
Menurut Aesop, apa yang mereka belajar berdasarkan pengalaman dalam menghasilkan pembersih muka sebelum ini, kulit yang lebih kering memerlukan bahan yang ringan serta material yang mewah dengan emolien serta menghidratkan. Eleos Nourishing Body Cleanser dicipta untuk penggunaan harian, mewah dengan emolien seperti shea butter, biji jojoba dan juga tocopherol (vitamin E) bersama-sama bahan botani sepeti cedar atlas, patchouli dan bunga cengkih.
Tiada aplikasi yang remeh, krim mandian ini mudah digunakan. Hanya picit tiub dan tuangkan pada pada tapak tangan, kemudian digosok lembut pada seluruh tubuh yang sudah dibasahkan. Lengkapkan penjagaan tubuh dengan sapuan losen pelembap atau boleh ditambah dengan Aesop Eleos Aromatique Hand Balm (RM420 500ml & RM130, 75ml) khusus buat bahagian yang memerlukan penjagaan ekstra seperti siku, lutut dan tumit kaki.
Dapatkan Eleos Nourishing Body Cleanser pada harga RM200 (500ml) dan RM165 (180ml), dan boleh klik pautan INI untuk informasi lanjut atau mendapatkan secara dalam talian.