Bvlgari bukan sekadar jenama haruman biasa. Pengembaraannya dalam dunia penciptaan wangian diwarnai dengan inovasi dan sejarah luar biasa. Salah satu mahakarya ikoniknya, Eau Parfumée menjadi lambang keanggunan dan ketulenan, bukan sahaja membelai deria, tetapi juga menyentuh emosi dan mencipta kenangan, inilah Haruman Uniseks Pilihan EH!
Diperkenalkan pada tahun 1992, Eau Parfumée au Thé Vert adalah haruman pertama Bvlgari yang menjadi ikonik sehingga kini.
Pada tahun 90-an, Eau Parfumée au Thé Vert tampil sebagai haruman yang berani apabila Master-Perfumer Jean-Claude Ellena mengilhamkan teh sebagai asas wangian, murah hati dengan kemunculannya dalam botol bersaiz luar biasa 350ml, dan inovatif sebagai Eau de Cologne uniseks yang menggabungkan tradisi perfumeri Itali dengan warisan teh Asia, satu ciptaan yang menentang arus dan trend pada zamannya.
Pada tahun 2003, Bvlgari memperkayakan koleksi Eau Parfumée. Jacques Cavallier, pencinta awal visi wangian perintis Maison, mengukir interpretasi peribadinya tentang teh dengan sabar, mencipta Eau Parfumée au Thé Blanc Eau de Cologne yang halus dan elegan.
Tahun ini, untuk mengiktiraf tarikan kontemporari pengalaman Eau Parfumée dan meraikan kejayaannya yang berkekalan, Bvlgari meningkatkan kepekatan asal Eaux de Cologne kepada Eaux de Toilette, memperkenalkan ekstrak teh semula jadi, memperbaharui reka bentuknya yang abadi, dan menghidupkan semula koleksi ini dengan pendekatan kreatif baharu.
Setiap jenis teh menawarkan manfaat berbeza, setiap terroir mendedahkan palet rasa dan aroma yang unik, membangkitkan emosi yang tersendiri.
Anda boleh kunjungi Isetan KLCC, Parkson Pavilion, Seibu TRX atau SOGO KL untuk merasai sendiri keharuman mewah EP parfumée ini.