Kahf Revered Oud Eau de Parfum bukan sekadar haruman biasa, ia membawa mesej tentang pengalaman dan refleksi diri. Ia adalah satu pengalaman, satu refleksi tentang siapa kita. Kahf Revered Oud Eau de Parfum adalah Haruman Lelaki Pilihan EH! berpaksikan mesejnya yang nyata berbeza dengan haruman lelaki lain.
Pertemuan pertama saya dengan Kahf Revered Oud Eau de Parfum bukanlah dirancang. Ia berlaku secara kebetulan di barisan rak penjagaan diri lelaki yang dihias ringkas namun elegan. Sebaik sahaja saya menyembur sedikit pada pergelangan tangan, sesuatu yang tidak dapat saya jelaskan terjadi. Haruman itu seakan membawa saya ke satu dimensi yang lain, penuh keyakinan, namun tetap membumi. Bagi lelaki yang mendambakan wangian yang tidak hanya menarik perhatian tetapi juga meninggalkan kesan mendalam, Kahf Revered Oud Eau de Parfum adalah pilihan yang sukar untuk ditandingi.
Ia bukan sekadar satu botol haruman di atas meja, tetapi simbol ketenangan, kekuatan dalaman dan gaya maskulin moden yang penuh karakter. Revered, saya simpulkan ia Simbol Lelaki yang Dihormati. Ia bukan sekadar nama, tetapi satu pernyataan. Wangian ini sesuai untuk lelaki yang tahu arah hidupnya, yang tidak perlu menjerit untuk didengari dan yang dihormati bukan kerana kekuatannya, tetapi kerana nilai dan karismanya. Dalam erti kata lain, Kahf Revered Oud Eau de Parfum ialah lambang kelelakian moden yang seimbang antara rohani dan duniawi.
Bauan segar kombinasi mawar, lemon dan grapefruit yang membangkitkan semangat. Disusuli dengan lapisan tengah yang hangat dan memikat seperti amber dan accord gourmand, memberikan karakter yang tenang namun berpengaruh.
Apa yang menjadikan wangian ini begitu unik ialah nota dasar yang kaya dan tahan lama sehingga 12 jam antaranya vanila, gaharu (agarwood) dan kasturi (musk) yang kekal wangi berjam-jam di kulit, seolah-olah meninggalkan jejak personaliti si pemakai.
Apa yang menjadikan wangian ini begitu unik ialah nota dasar yang kaya dan tahan lama sehingga 12 jam antaranya vanila, gaharu (agarwood) dan kasturi (musk) yang kekal wangi berjam-jam di kulit, seolah-olah meninggalkan jejak personaliti si pemakai. Wangian ini juga sering mengingatkan pemakainya akan aroma Masjid Nabawi di Arab Saudi, membangkitkan rasa tenang dan nostalgia yang mendalam.
Rekaan botolnya sederhana tetapi maskulin dengan balutan hitam matte dihiasi tulisan minimalis yang mencerminkan falsafah jenama Kahf, kesederhanaan, keaslian dan keperibadian.
Wangian ini juga diasaskan selamat untuk dibawa solat dan sesuai untuk lelaki moden yang prihatin terhadap gaya hidup beretika.
Jadi, mulakan hari anda “ALL OUD”, ekspresi meraikan wangian oud terbaik yang bukan sahaja memikat tetapi juga penuh karakter. Ia adalah pernyataan berani untuk lelaki yang ingin tampil dengan gaya dan keyakinan luar biasa. Dengan Kahf Revered Oud Eau de Parfum, anda tidak sekadar memakai wangian, anda memakai keperibadian.
Baca: EH! x Wardah Cipta Detik Indah Bersama EHsociates Dalam Bengkel Eksklusif Bersama Dr. Wina