Trend solekan hari ini semakin jelas dan ramai yang dambakan hasil solekan yang kelihatan semula jadi, tidak terlalu ‘cakey’ dan mampu menyerlahkan kecantikan asli. Itulah sebabnya Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation berjaya meraih rating penuh lima bintang di Sephora dan kami letakkanya sebagai Bedak Asas Litupan Ringan Pilihan EH!
Apa yang membuat Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation begitu menonjol adalah sentuhan akhirnya yang hampir tidak terasa di kulit. Langsung tidak melekit, dan tidak nampak tebal. Cukup untuk buat kulit tampak segar, glowing dan terjaga sepanjang hari.
Teksturnya yang halus dan ringan seperti serum menjadikan ia mudah diratakan dan menyatu dengan sempurna ke dalam kulit. Litupannya boleh diubah ikut kehendak dari nipis semula jadi hingga sederhana, cukup untuk menyamarkan cela tanpa ‘menutup’ karakter wajah.
Diformulasi dengan asid hyaluronik yang membantu mengekalkan kelembapan kulit, meratakan tekstur serta mengaburkan penampilan pori dan garis halus. Walau cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, Skin Tint Foundation ini tetap utuh sehingga 12 jam tanpa merekah, bertompok atau rasa berat di wajah. Tak perlu touch-up pun, kulit masih kelihatan ‘on point’.
Untuk hasil terbaik, goncang botol terlebih dahulu, titiskan dua hingga tiga titik di belakang tangan atau palet solekan, dan ratakan ke seluruh wajah. Gunakan berus atau sponge, tapi jujurnya dengan jari pun hasilnya tetap rata dan mulus. Blurred effect yang tidak kelihatan dibuat-buat. Hasil akhir yang real, seolah-olah kulit anda memang semula jadi cantik sebegitu. Sesuai untuk semua jenis kulit dari kering hingga berminyak dan paling penting, ia tidak menyumbat pori atau buat kulit rasa ‘lemas’ selepas beberapa jam pemakaian.
Sama ada anda baru berjinak-jinak dengan dunia solekan atau seorang beauty lover tegar, Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation adalah pilihan bijak untuk tampil effortless, flawless dan fresh sepanjang hari. A must-have dalam beg solekan anda tahun ini!
Miliki Kylie Skin Tint Blurring Elixir Foundation pada harga dan jika mahu informasi lanjut tentang produk hebat ini, klik pautan INI!
Artikel Berkaitan: Tip Elak Foundation ‘Crack’ Selepas Beberapa Jam