Bukan sekadar serum malam, tetapi satu manifestasi kecanggihan sains terhadap kulit wanita Asia yang patut direkomendasi. Dengan formula dan bahan berinovasi seperti Retinal Liposome Cysteamine, serum ini kami pilih sebagai Serum Wajah Pilihan EH! dengan inovasi paling terkini.
Di bawah naungan Paragon Technology and Innovation yang berpangkalan di Indonesia, WARDAH, jenama ini tidak asing lagi di kalangan pencinta kecantikan Asia Tenggara. Kali ini, Wardah melangkah jauh ke hadapan dengan mencipta formulasi yang setanding serum derma-kosmetik antarabangsa. Satu titisan setiap malam mungkin kelihatan kecil. Tetapi dari titisan itu, lahirnya wajah yang lebih yakin, lebih berseri.
Teksturnya halus, lembut seperti sutera dengan warna susu kekuningan yang menenangkan. Tiada bau menyengat, tiada rasa ‘kimia’ yang mengganggu, hanya ketenangan.
Apa yang menjadikan serum ini begitu istimewa bukan hanya pada penampilannya, tetapi bahan aktif utama yang digunakan iaitu sesuatu yang jarang kita temui dalam kebanyakan produk. Serum ini mengandungi Retinal, satu bentuk vitamin A yang lebih hebat daripada retinol. Retinal bekerja lebih cepat, lebih efektif dan secara semula jadi membantu mempercepatkan pembaharuan sel kulit. Ia adalah rahsia sebenar kepada kulit yang lebih cerah, lebih licin dan tampak muda tanpa garis-garis halus yang menonjol.
Ada satu lagi perkara menarik yang saya temui dalam kandungan Wardah Radiant Resurfacing Serum Retinal Liposome Cysteamine ini, bukan hanya terletak pada penggunaan retinal, tetapi bagaimana mereka merumuskannya. Melalui kapsul dalam liposome, teknologi pintar yang membolehkan bahan aktif ini menyerap lebih dalam ke dasar kulit tanpa menyebabkan iritasi. Hasilnya, pengguna merasai keberkesanan retinal tanpa perlu melalui pengalaman ‘purging’ yang menyakitkan!
Selain itu, serum ini turut diperkaya dengan Cysteamine, bahan pencerah yang semakin dikenali di kalangan pakar dermatologi dunia. Ia sangat berkesan untuk memudarkan parut jerawat, bintik hitam dan ketidakseimbangan ton kulit.
Bagi mereka yang telah mencuba, serum ini menjadi kegemaran yang sukar diganti. Dan bagi yang masih belum mencuba, mungkin inilah masanya untuk memberikan kulit anda sesuatu yang bukan sekadar menyentuh permukaan, tetapi menyentuh jauh ke dalam, bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga secara emosi.