Serikan wajah anda bersama EH! Raya Lounge : Bengkel Cantik KOSÉ SEKKISEI Bersama Cik Manggis.
Sempena lebaran Syawal yang akan diraikan tidak lama lagi, rebuti peluang menyertai bengkel kecantikan yang bakal berlangsung sekitar satu jam di Pavilion, Kuala Lumpur pada 31 Mac 2024 ini. Para peserta diajak untuk mengeksplorasi rahsia kecantikan kulit ala Jepun dengan produk terkemuka dari KOSÉ SEKKISEI.
Bengkel kecantikan ini diserikan oleh selebriti jemputan Cik Manggis, berkongsi akan manfaat dan cara terbaik mengoptimumkan penggunaan produk ikonik KOSÉ SEKKISEI seperti Sekkisei Clean Beauty!
Usah lepaskan peluang untuk menyertai bengkel kecantikan eksklusif ini kerana anda juga berpeluang mendapatkan beg cenderahati istimewa dari KOSÉ SEKKISEI bernilai RM150 terhad kepada 20 pembaca bertuah sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Mac 2024.
Sertai EH! Raya Lounge : Bengkel Cantik KOSÉ SEKKISEI bersama CIK Manggis sekarang dengan mengisi borang di bawah ini.
Terma & Syarat
- Lengkapkan butiran anda dan klik ‘Sertai Kami!’.
- Hanya 20 pembaca EH! bertuah yang terpilih akan dihubungi dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh 48 jam.
- Penyertaan ini terbuka kepada semua wanita warga Malaysia yang berumur antara 18-44 tahun sahaja.
- Pihak EH! dan penaja berhak untuk menerbit dan memaparkan nama dan gambar peserta untuk tujuan promosi dan publisiti.
Artikel berkenaan: Lip Balm Terbaik Untuk Bibir Kering Dan Merekah