Salun kecantikan pilihan selebriti lokal, The Hairtric & Lashility tawarkan pelbagai rawatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Seperti anda, saya juga tidak sabar untuk ‘Me Time’ kembali! Sudah berbulan perintah kawalan berkurung di rumah hampir buat saya stress dengan ‘Wajah Rumah’. Sebelum Perintah Kawalan Berkurung Diperketatkan bermula saya sempat berkunjung ke salun kecantikan pilihan ramai selebriti antaranya Nadia Brian, Scha Elliana, Janna Nick, Ruhainies dan juga bintang media sosial seperti Wan Nur Syaira juga memilih salun ini sebagai tempat untuk mereka memanjakan diri.
Sebelum sesi bermula, anda akan melalui proses konsultasi di mana pakar kecantikan bertauliah akan menerangkan apakah jenis atau rawatan bulu mata yang ingin anda cuba dan berapa lama proses yang diperuntukkan untuk lengkapkan bulu mata anda. The HairTric & Lashility menawarkan beberapa rawatan untuk anda pilih seperti eyelash extensions, eyebrow microblading, lip embroidery dan keratin lash lift.
Servis eyelash extensions (sambungan bulu mata) antara paling popular di sini dan juga menjadi pilihan para selebriti untuk tampil dengan bulu mata galak, lebat dan panjang dengan kadar segera. Oleh kerana, bulu mata saya tidaklah terlalu tebal dan panjang, saya mencuba rawatan ini dan memilih pakej Camellia. Iaitu lebih ringan 3 kali ganda, ekstra volum dan bulu matanya lembut seperti bulu mata asli. Anda juga boleh memilih untuk eyelash extensions yang lain seperti Pandora 3D, Aurora 6D dan Novaria 9D ikut pada kesesuaian saiz mata dan ikut keselesaan. Yang penting selesa dan tidak gatal di kemudian hari.