Apa yang menarik perhatian saya adalah rawatan Keratin Lash dan Lash Tint. Di HairTric & Lashility ada menawarkan rawatan melentik bulu mata tanpa pemasangan bulu mata palsu hanya menggunakan bulu mata asli. Keratin Lash ini bertindak untuk melentikkan bulu mata dengan Keratin Treatment. Rawatan ini bertahan selama 4- 6 minggu bergantung pada cara penjagaan. Prosedur rawatan ini ambil masa selama 45- 60 minit dan mata perlu ditutup sepanjang rawatan, lalu akan diletakan formula keration atas bulu mata dan dilentikkan satu per satu di atas silicon pads. Rawatan ini juga mesra wudhu.
Artikel berkaitan EH! REVIU : Rawatan Atasi Kulit Kusam Hanya Dengan Satu Jam