Bulan baharu, segmen baharu! EH! memperkenalkan #EHSelect, ruang eksklusif di mana kami mencuba sendiri produk terkini dan berkongsi pengalaman sebenar bersama pembaca setia EH!
Dalam dunia kecantikan yang penuh dengan pelbagai pilihan, EH! mahu memastikan anda mendapat ulasan yang dan jujur apa yang benar-benar berbaloi, apa yang harus dimiliki, dan apa yang mungkin boleh anda lepaskan. Tiada gimik, tiada skrip hanya pengalaman sebenar dari kami yang menggunakannya.
Dari solekan, penjagaan kulit, wangian hingga haircare, setiap produk yang masuk dalam radar #EHSelect akan diuji dan dikupas secara terperinci. Kami mahu anda tahu bagaimana hasilnya, dan adakah ia sesuai untuk anda.
Jadi, produk mana yang mencuri perhatian kami bulan ini, Kami senaraikan di bawah;
Dior Addict Lip Glow
“Bila berpuasa bibir mudah menjadi kering dan salap bibir adalah teman setia setiap hari. Saya menyukai salap bibir ini sejak awal diperkenalkan kerana ia melembapkan bibir dengan pantas, walaupun pada bibir yang kering merekah. Dior Addict Lip Glow yang baru ini datang dengan teknologi istimewa yang mana warna bibir diserlahkan mengikut pH kulit dan dilengkapkan dengan pilihan warna untuk warm undertone.”
“Saya memilih warna Icy Blue (cool undertone), ia bukan sahaja melembapkan bibir tetapi warnanya juga tampak natural, tekstur kulit nampak ‘juicy’ bersahaja. Paling penting bibir nampak sihat.”
Khairul Abidin, Pengarah Kreatif.
Aesop Aurner Eau de Parfum
“Saya sangat teliti dalam pemilihan haruman kerana bagi saya, perfume bukan sekadar bau tetapi satu ekspresi diri. Aesop Aurner Eau de Parfum benar-benar unik bagi saya, baunya yang segar dengan aroma floral dari Magnolia Leaf, tetapi ada kedalaman yang lebih kompleks dengan sentuhan herba dan kehangatan kayu. Ia bukan wangian yang tipikal atau terlalu mudah dijangka, tetapi penuh karakter dan lapisan aroma yang berkembang mengikut masa. Setiap semburan terasa seperti gabungan seni dan alam, sesuatu yang berbeza dan tidak konvensional, tetapi tetap elegan.”
Amirul Ariffin, Pengarah Seni
Anastasia Beverly Hills Impeccable Setting Spray
“Agak sukar untuk saya mencari setting spray yang benar-benar mampu memberikan kemasan sempurna pada kulit. Kebanyakannya terasa berat, melekit, atau tidak cukup tahan lama. Tapi sejujurnya, sebaik sahaja saya mencuba Anastasia Beverly Hills Impeccable ia terus masuk dalam senarai kegemaran saya. Teksturnya ringan, hampir seperti tidak memakai apa-apa, tetapi tetap memberikan effect long-lasting dan mattifying yang saya mahukan. Paling penting, langsung tidak melekit betul-betul game changer dalam rutin solekan saya.
Dan satu lagi yang buat saya jatuh cinta baunya yang wangi dan menyegarkan. Setiap kali semburan, terasa seperti memberi boost tambahan pada kulit. Jujur, ini antara setting spray terbaik yang pernah saya cuba”
Eqa Zulkifli, Penolong Penerbit Kandungan Digital.
IT Cosmetics Glow With Confidence Sun Cream – code sunlit 10
“Saya gemar menggunakan cream blush kerana ia memberikan efek seperti blush semula jadi pada wajah. Kali pertama saya mencuba Glow With Confidence Sun Cream Blush dalam kod Sunlit 10 daripada jenama IT Cosmetics, saya sudah jatuh cinta kerana wajah serta-merta tampak lebih berseri. Tidak perlu menggunakan brush, cukup dengan dua jari untuk mencalitkan produk ke pipi dan sapukan dengan rata. Teksturnya juga ringan di kulit, seolah-olah tidak memakai apa-apa!”
Erdina Hairi, Penolong Penerbit Kandungan Digital.
Sol de Janeiro – Cheirosa 59 Perfume Mist
“Bayangkan suasana matahari terbenam di tepi pantai, angin laut yang lembut menyentuh kulit dan aroma manis Sol de Janeiro Cheirosa 59 Perfume Mist menenangkan mengelilingi anda. Dari semburan pertama, saya sudah jatuh cinta kerana bauan memikat yang kaya dengan citrus & fruity. Kombinasi unik Vanilla Orchid & Sugared Violet menambahkan nuansa manis yang menggoda”
Farah Ain, Penolong Penerbit Kandungan Digital.
Artikel Berkaitan: EH! Select: Edisi Syawal Pilihan Pengarang