2. GUCCI Éternité de Beauté
Foundation antara barangan solekan yang penting dalam persiapan solekan. Lagi-lagi tibanya Syawal, anda perlukan foundation yang tahan lama, tidak merekah dan aktif cantik berpanjangan. Tidak perlu khuatir lagi, kini GUCCI Beauty mempersembahkan Éternité de Beauté, asas solekan tahan 24 jam tanpa pemindahan (anti-transfer) memberikan perlindungan solekan penuh dalam satu titik sahaja. Formula yang ringan memberikan rupa penghidratan dan membantu menenangkan kulit dengan kemasan matte yang berseri dan selesa yang melengkapkan hari Syawal anda.