3. Giorgio Armani Lip Maestro Matte Nature Liquid Lip Color (RM152)
Lip Maestro Matte Nature, keseimbangan sempurna antara kemasan matte baldu yang luar biasa, keselesaan dan pemakaian yang tahan lama khas hari Syawal. Tersedia dalam pilihan 7 tona warna berbeza sesuai semua kulit warna, gincu ini akan mengejutkan pemakai dengan kemasan matte yang berseri dalam warna tanah yang diilhamkan oleh alam semula jadi. Bibir akan kelihatan gebu dan berseri serta-merta dengan tekstur yang sensual dan tidak melekit menawarkan penghidratan dan keselesaan selama berjam-jam!