Do’s
- Gunakan produk pencuci wajah bebas sabun, lembut serta bertindak balas sempurna dengan air. Pencuci wajah yang mengeringkan bisa membuat kulit sakit dan meninggalkan kesan merah serta radang.
- Serap’ lebihan minyak di wajah dengan penggunaan pupur jenis lumpur. Ada juga produk yang menawarkan kesan resapan minyak apabila digunakan pada wajah sebelum olesan solekan.
- Gunakan produk yang mengandungi kandungan anti oksida tinggi. Selain mampu menjadikan kulit sihat, ia mengurangkan kesan kedut.
- Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk berbincang dengan doktor bagi pengambilan pil perancang kehamilan. Dos rendah mampu mengurangkan dan menyeimbangkan tahap hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan minyak.