1. Ikuti rejimen penjagaan kulit yang baik
Gunakan pembersih muka yang bertekstur lembut dan amalkan cuci muka pada waktu pagi dan petang. Untuk memastikan pori bersih daripada minyak berlebihan dan tersumbat, pastikan anda hanya menggunakan produk yang berlabel bebas minyak atau noncomedogenic (bermaksud ia tidak akan menyumbat pori anda).