Tahun demi tahun minyak pelbagai guna ini tidak pernah lekang daripada senarai pilihan kami. Minyak penjagaan kulit ini sememangnya terkenal kerana keberkesanannya dalam memperbaiki penampilan parut, kesan regangan kulit (stretch marks) serta ton kulit tidak sekata, oleh itu memang layaklah Bio-Oil Skincare Oil mendapat gelaran ikon, Minyak Rawatan Kulit Pelbagai Guna Ikonik.
Bio-Oil mengandungi gabungan ekstrak tumbuh-tumbuhan serta vitamin yang diadun dalam bentuk minyak. Gabungan PurCellin Oil™ direka untuk memastikan minyak ini mudah meresap pada kulit tanpa meninggalkan kesan melekit, menjadikannya mudah digunakan berbanding minyak yang lain.
Kombinasi vitamin A dan E, berserta empat ekstrak tumbuhan iaitu kamomil, lavender, rosemary dan juga calendula pula terkenal dengan manfaatnya dalam merawat serta menenangkan kulit sekaligus menjadikan Bio-Oil cukup versatil. Ia juga satu penambahan yang baik dalam rutin penjagaan kulit terutamanya untuk merawat masalah kulit seperti parut dan juga stretch marks.
Siapalah yang tak ada stretch marks kan? Tidak kira dari mana munculnya sama ada ketika hamil, atau kesan daripada naik turun berat badan, formulasi unik Bio-Oil membantu meningkatkan tahap kelembapan kulit, mengurangkan kegatalan serta membuatkan kulit kelihatan lebih licin dan lembut.
Kandungan vitamin E membantu memperbaiki tekstur serta ton kulit membuatkan parut daripada pembedahan, kesan cakar, terbakar, malah parut jerawat kelihatan pudar. Minyak lavender serta rosemary turut bertindak sebagai antiseptik untuk membantu merawat kulit yang luka.
Gunakan dua kali sehari sekurang-kurangnya selama tiga bulan untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Ibu-ibu mengandung juga disaran untuk menggunakannya dari awal hingga bersalin namun kami cadangkan untuk bermula dari sebelum hamil.
Ideal untuk penggunaan pada wajah dan juga tubuh badan. Bio-Oil telah digunakan secara meluas di serata dunia, ia juga telah meraih pelbagai anugerah penjagaan kulit dan sering mendapat sokongan pakar-pakar kulit.
Dekati produk ikonik ini serta rangkaian Bio-Oil yang lain di pautan INI!