Terjual sebotol setiap empat saat di seluruh dunia, apakah lagi fakta atau rekod yang anda perlukan untuk meletakkan BOSS Bottled sebagai Haruman Lelaki Paling Popular?
Jujurnya saya mengenali haruman ini sejak remaja lagi. Melihatkan iklan-iklannya di majalah menerbitkan rasa ingin tahu tentang minyak wangi ini sejak saya belum memperoleh pendapatan sendiri. Malah, bila membaca interviu selebriti di majalah, ramai juga yang menamakan BOSS Bottled sebagai haruman mesti ada bagi mereka.
Hari ini, selepas 26 tahun sejak diperkenalkan, BOSS Bottled terus diraikan. Tidak sahaja ikonik pada aroamanya, malah bagi saya BOSS Bottled adalah botol haruman lelaki paling ikonik. Jika terlihatkan bayang-bayangnya sahaja sudah dapat ditelah itulah BOSS Bottled. So iconic!
Meraikan ulang tahun haruman ikonik Hugo Boss ini, BOSS Bottled muncul dengan BOSS Bottled Elixir, sebuah haruman yang diganding bersama-sama intipati segar yang menjadikan baunya lebih kuat dan pekat.
Minyak wangi ini diisi dengan aroma maskulin yang penuh karakteristik seperti vetiver dan patchouli. Ditambah hangat dengan kayu sedar dan labdanum yang menjadikan persenyawaan kesemua bahan ini melahirkan sebuah komposisi haruman yang cukup ‘keras’ dan kental jiwa lelakinya.
BOSS Bottled Elixir adalah hasil karya dua maestro dunia haruman iaitu Annick Menardo yang mana figura inilah yang menjadi buah fikir yang memperkenalkan BOSS Bottled yang asal. Annick bekerjasama dengan Suzy le Helley untuk menjelmakan haruman ini dalam nuansa yang lebih segar dan moden menerusi BOSS Bottled Elixir.
Hari ini BOSS Bottled diwakili oleh aktor kelahiran Australia, Chris Hemsworth sebagai wajah globalnya. Ciri dan karakter yang dimiliki oleh Chris adalah cerminan paling sempurna untuk menjadi gandingan sempurna di antara dirinya dan haruman sepopular dan ikonik BOSS Bottled.
“BOSS menyebarkan mesej yang positif tentang kehidupan, mendorong orang di luar sana untuk mengejar impian dan mengajak lelaki untuk menjadi seorang yang memberikan impak kepada komuniti,” kongsi Chris.
Miliki rangkaian haruman BOSS Bottled di pautan INI!