Two is better than one adalah ungkapan yang benar dalam hampir semua perkara lebih-lebih lagi dengan Serum Berkembar Ikonik jenama Perancis terkenal ini. Clarins Double Serum, sudah pun wujud sejak 39 tahun dan kini diolah semula untuk menghasilkan produk kulit terbaik yang diimpi-impikan oleh pengasasnya, Jacques Courtin-Clarins.
Inovasi berganda dengan sistem Hydric dan Lipidic ini adalah pencapaian saintifik serta teknologi yang menawarkan kesan menakjubkan ke atas semua tanda-tanda penuaan berbeza.
Teknologi Dwi-Fasa: Clarins Double Serum menonjol dengan formulanya yang inovatif, di mana bahan-bahan yang larut dalam air dan larut dalam minyak disimpan berasingan agar keberkesanannya terpelihara sehingga saat penggunaan.
Reka bentuk ini mengekalkan keberkesanan 21 ekstrak tumbuhan paling powerful, memastikan kesan maksimum dalam lima fungsi utama kulit – pembaharuan semula, pengoksigenan, nutrisi, penghidratan dan perlindungan.
Terkenal dengan kebolehannya mengurangkan tanda-tanda penuaan, Double Serum mengatasi kedutan, kehilangan keanjalan, dan ketidaksempurnaan kulit. Adunan ekstrak tumbuhan ini memberi kelembapan, menganjalkan, dan menyegarkan kulit, memperlihatkan peningkatan yang jelas pada tekstur dan kecerahan kulit membuatkan wajah kelihatan lebih muda.
Di sebalik manfaat anti-penuaan, Clarins Double Serum juga dihargai kerana ciri-ciri penghidratan yang membuatkan kulit anda lebih glowing. Membantu meningkatkan tahap kelembapan dalam kulit, kulit terasa lembut, anjal dan kelihatan sihat dan berseri.
Dengan bungkusan ikoniknya dan hasil klinikal yang terbukti, Clarins Double Serum mendapat pengiktirafan di seluruh dunia, menjadi pilihan di kalangan peminat penjagaan kulit dan profesional. Inovasi berterusan memastikan formula kekal di hadapan dalam teknologi anti-penuaan, mencerminkan komitmen Clarins terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kulit.
Dekati produk ikonik ini lebih lanjut di pautan INI!