Liposome Advanced Repair Serum adalah serum nombor 1 DECORTÉ yang menjadi pilihan ramai di seluruh dunia. Sesuai untuk semua jenis kulit, serum ini juga sesuai digunakan oleh lelaki. Selepas 29 tahun mereka terus ke hadapan dengan Teknologi Liposome yang mereka perkenalkan dan layaklah untuk kami namakan produk ini sebagai Serum Pelembap dan Anti-Penuaan Ikonik.
Dalam dunia kecantikan bermacam-macam kajian dijalankan demi memenuhi keperluan dan kemahuan manusia yang berubah-ubah. Kehendak dalam dunia penjagaan kulit dan solekan silih berganti mengikut trend semasa. Namun ada satu hal yang kekal sama, semua orang mahu nampak kekal muda. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, objektif untuk nampak muda adalah sama.
Rentetan dari itu maka berlangsung bermacam jenis kajian dan pengenalan teknologi dengan satu misi untuk mengawet keremajaan kulit. Bermula pada tahun 1984, DECORTÉ mula menjalankan kajian mendalami teknologi liposome.
Apa itu liposome? Liposome ialah vesikel tiruan kecil berbentuk sfera yang boleh dihasilkan daripada kolesterol dan fosfolipid bukan toksik semula jadi. Oleh kerana saiznya dan sifat hidrofobik dan hidrofilik (selain biokompatibiliti), liposome adalah sistem terbaik sebagai penyalur nutrien rawatan. Jadi, DECORTÉ mengguna pakai teknologi ini untuk memastikan manfaat dan khasiat yang terkandung di dalam produk mereka dapat bekerja dengan efektif.
Tahun 1992 menyaksikan kejayaan DECORTÉ melengkapkan kajian mereka ke atas liposome apabila mereka memperkenalkan produk ikonik, Moisture Liposome yang juga menjadi produk pertama di Jepun yang memanipulasi teknologi liposome. Serum pelembap ini mengadaptasi keunikan lapisan liposome yang berlapis-lapis.
Rentetan itu DECORTÉ mencari jalan untuk menaik taraf produk berkonsepkan teknologi liposome ini dengan memperkenalkan Liposome Advanced Repair Serum. Formula serum ini disempurnakan dengan misi menambah manfaat anti-penuaan. Teknologi liposome yang dibangunkan oleh DECORTÉ melangkaui masa dan kerana itulah mereka kekal dengan teknologi ini lebih dari dua dekad kerana teknologi ini dianggap lebih keterhadapan berbanding teknologi dunia kecantikan yang lain.
Kekuatan dan keunikan serum ini terletak pada mikrokapsul baharu yang diperkenalkan DECORTÉ, iaitu Multilamellar Bio-liposome. Dengan hanya satu pam serum, satu trilion mikrokapsul dihasilkan, jauh lebih tinggi kepekatannya berbanding produk liposome sedia ada. Ini secara tidak langsung menjadikan kulit lebih berdaya tahan. Dari aplikasi pertama serum ini meresap ke dalam kulit serta-merta. Penggunaan nan berterusan melahirkan kulit yang tampak lebih muda serta manfaat lain yang anda idam-idamkan untuk kulit anda.
Kehebatan Multilamellar Bio-liposome
Antara kunci yang menjadi kelebihan bagi Multilamellar Bio-liposome ialah ia mampu menambah menguatkan sistem penghadang kulit (skin barrier). Ia juga memanjangkan tahap kelembapan kulit selain belaian kulit yang lebih bersasar mengikut keperluan serta memastikan keberkesanan yang dicapai oleh kulit tahan lebih lama.
Multilamellar Bio-liposome juga berkuasa untuk menyokong penghasilan kolagen menerusi dua bahan iaitu ekstrak Bifidobacterium yang ditapai serta yis HPA. Mungkin ada yang tidak tahu yang kulit kita mengandungi 20 jenis kolagen yang mana jenis I dan jenis II adalah yang paling lazim. Dan jenis III adalah yang paling penting kerana ia bertindak untuk memulih dan menghasilkan tisu kulit yang baru.
Jadi apa yang akan kulit anda rasai selepas menggunakan Liposome Advanced Repair Serum? Sebaik aplikasi, kulit lebih lembap dalam masa 24 jam. Dalam tiga hari anda akan perasan pori lebih rapat, tekstur kulit lebih halus dan lembut. Dalam masa dua minggu garis halus juga semakin pudar dan metabolisme kulit juga semakin tinggi.
Dan menurut DECORTÉ, selepas habis sebotol serum ini digunakan, kulit akan alami lebih banyak perubahan yang lebih menyuruh. Misalnya kulit lebih anjal, wajah tidak lagi tampak kusam dan semestinya kulit lebih nampak berseri-seri.
Liposome Advanced Repair Serum hadir dalam tiga isipadu iaitu RM299 (30ml), RM439 (75ml) dan RM598 (75ml). Anda juga punya pilihan dalam isian semula RM578 (75ml). Boleh dimilik secara dalam talian di pautan INI!
#LiposomeAdvanced #Antiagingserum #Decortemy