Pra-syampu, mungkin tak ramai yang aktif dengan rutin ini. Namun ramai juga yang sudah lazim mengamalkannya, lebih-lebih lagi dengan rangkaian baharu, Kérastase Première Concentré Décalcifiant Ultra-Réparateur (Première Repairing Pre-Shampoo Treatment) yang layak kami tabalkan sebagai Produk Pra-Syampu Ikonik.
Kami percaya ramai yang masih keliru atau tidak faham akan konsep pra-syampu. Secara ringkasnya kita membersihkan sebelum membersihkan lagi. Tapi mengapa? Ini kerana rambut bukan sekadar ‘kotor’ seperti yang biasa kita faham tetapi apa yang kita tidak tahu, setiap kali kita mandi dan mencuci rambut, kita juga mengumpul keladak kalsium yang sebenarnya tidak bagus untuk rambut.
Mana datangnya kalsium itu? Terdapat kandungan kalsium yang tinggi dalam air dan ia bagai kryptonite kepada rambut. Bila makin dikumpul, rambut akan lemah dan kerap rosak.
Kami persembahkan Kérastase Première Decalcifying Repairing Pre-Shampoo Treatment, perawatan sebelum anda bersyampu untuk semua jenis kerosakan rambut terutamanya akibat terlalu banyak timbunan kalsium. Gabungan sinergi Asid Sitric 3% bertindak menyingkirkan kalsium daripada permukaan hingga ke dalam rambut serta mengurangkan kekejungan.
Ditambah pula 5% Glycine membantu merawat dengan asid amino yang meresap ke dalam rambut untuk menghubungkan semula rantaian keratin dan mengurangkan rambut putus. Peptida menguatkan lagi rambut dengan mengisi dan menutup permukaan rambut agar lebih kuat.
Cara penggunaannya juga mudah. Anda cuma perlu basahkan rambut dan kemudian lurut pada keseluruhan rambut. Biarkan lima minit dan terus guna Kérastase Première Decalcifying Repairing Shampoo sebelum membilas kesemuanya sekali. Untuk keberkesanan yang mantap, gunakan syampu serta perawatan daripada rangkaian yang sama. Anda akan rasai dan lihat rambut yang lebih sihat berkilauan, lembut dan tidak mudah putus.
Jadi ingat, kalsium yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan rambut, tetapi kalsium yang anda ambil daripada makanan boleh membantu rambut sihat dan kuat. Bukan sekadar syampu, rangkaian Première juga dilengkapi dengan Fondant Fluidité Réparateur, Masque Filler Réparateur, Sérum Filler Fondamental dan Huile Gloss Réparatrice untuk penjagaan mahkota anda yang lebih sempurna.
Semuanya yang anda mahu tahu tentang produk Kérastase dan manfaatnya ada di pautan INI!
#KerastasePremiere #KerataseMY #ReigniteYourInnerStrength #PremiereMYSG