Ditabalkan sebagai penyegar atau toner terlaris di Jepun, dan ia juga sudah berpuluh tahun popular di kalangan pengguna di Malaysia. KOSÉ Sekkisei Brightening Essence Lotion, Penyegar Pencerahan Ikonik pilihan EH!
Tahukah anda punca kulit wajah kita kusam dan berbintik gelap adalah keradangan? Apabila kulit terdedah kepada rangsangan luar, ia mencetuskan pengeluaran Prostaglandin, bahan keradangan yang menggalakkan pengeluaran melanin dan kulit kasar. Jadi kita perlu merawat keradangan kulit dengan cepat dan berterusan dengan menyasarkan prostaglandin untuk meminimumkan dan menghapuskan pengumpulan melanin dan kulit kasar secara berkesan. Bagaimana?
We are glad you asked kerana jawapannya ada pada Sekkisei Brightening Essence Lotion yang mengandungi bahan aktif eksklusif pertama di Jepun yang menerima kelulusan untuk penggunaan Glycyrrhetinic Acid Stearyl untuk mencerah dan mencegah keradangan (inflammation) kulit.
Selain itu adunan botani dari Jepun bertindak mempertingkatkan lagi peredaran serta kecergasan kulit. Ekstrak dan air Job’s Tears amat melembapkan, ekstrak akar Angelica dan Melothria menghalang melanin dan membantu mencerahkan. Ekstrak jujube pula menggalakkan penggantian sel kulit sementara ekstrak mugwort menggalakkan penghasilan protein untuk mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit.
Perasaan memakainya seperti salji cair ke dalam kulit. Sensasi sejuk itu membantu melegakan kulit yang panas akibat selaran matahari, kulit yang rengsa akibat bercukur, jerawat serta kulit kasar. Ia mampu meresap jauh ke dalam lapisan stratum korneum, memberi lembapan tanpa kesan melekit. Kulit terasa segar dengan aroma bunga lembut. Losen ini menggunakan sehingga 88% bahan semula jadi untuk memelihara kecergasan kulit dengan penampilan yang segar, berseri dan lebih jernih.
Masih ada yang keliru langkah penjagaan kulit yang manakah untuk Sekkisei Brightening Essence Lotion ini? Sapu pada kulit selepas dibersihkan. Tuangkan jumlah secukupnya pada telapak tangan atau kapas dan pedap lembut pada kulit. Pada anda yang masih mencari produk losen atau penyegar yang terbaik, cubalah Kosè Sekkisei Brightening Essence Lotionyang ikonik ini, dan anda boleh dapatkannya di pautan INI!