Ada banyak faktor yang membuatkan Lancôme Advanced Génifique Serum begitu ikonik. Ramai selebriti dan pempengaruh yang saya kenal memang disiplin menggunakannya. Jadi, untuk tidak meletakkannya sebagai Serum Anti-Penuaan Ikonik dalam senarai kami adalah sesuatu yang tidak wajar.
Tahun lalu menerusi undian yang kami buka kepada pembaca EH!, mereka sebulat suara meletakkan serum dengan tagline #TestedForLife ini sebagai serum anti-penuaan pilihan. Dan itu saja sudah menguatkan faktor mengapa ia mempunyai ciri-ciri sebuah produk yang ikonik.
Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Lancôme Advanced Génifique Serum dipilih oleh majoriti pembaca EH! untuk ditabalkan sebagai Serum Anti-Penuaan Pilihan.
Keberkesanan Lancôme Advanced Génifique Serum sudah terbukti menerusi banyak ujian dan kajian termasuklah diuji pemakaiannya dalam pelbagai cuaca dan suhu. Menariknya, ujian dan kajian serum ini juga diuji keberkesanannya ke atas kulit lelaki. Lantas hasil kajian bertahun-tahun mereka menemukan formula yang efektif pada kulit perempuan dan lelaki.
Menurut Lancôme, Advanced Génifique Serum mengambil masa lebih kurang 20 tahun dalam melangsungkan kajian sains mikrobiom ini mengandungi tiga bahan aktif iaitu tujuh jenis pra dan pro-biotik, asid hialuronik dan juga Vitamin CG. Gandingan formula bahan-bahan ini bertindak untuk menguatkan mikrobiom untuk pemulihan kulit yang lebih baik.
Ia juga bertindak untuk melembapkan kulit wajah sehingga 72 jam secara berkesan dan meneutralkan radikal bebas sambil mencerah dan melicinkan kulit. Dan ini semua bisa direalisasikan oleh serum ini kerana setiap titisan mengandungi 30 juta pecahan pra dan pro-biotik (6 bilion setiap botol) untuk kulit anda. Dan perubahan pada kulit dapat anda rasai seawal tujuh hari penggunaan.
Apakah akan sempurna sebuah serum tanpa memberi fokus pada menguatkan perintang kulit (skin barrier)? Lancôme Advanced Génifique Serum menguatkan dan merawat perintang kulit dan anda akan dapat lihat garis halus semakin pudar dan secara keseluruhannya kulit tampak lebih glowing. Kulit juga bersedia untuk menempuhi apa jua serangan luaran seperti pencemaran dan perubahan cuaca.
Seperti kata Lancôme, #TestedForLife, inilah masa untuk menyakinkan kulit anda untuk sebuah aplikasi yang memanja dan menguatkan kulit.
Dapatkan informasi tentang Lancôme Advanced Génifique Serum di pautan INI, juga untuk memilikinya secara dalam talian.
#LANCOMEMY #GENIFIQUE