Versatil penggunaannya, baik disembur pada badan mahupun dilayangkan pada juraian rambut anda, Rituals Amsterdam Hair and Body Mist bukan sekadar satu lagi haruman, ia sudah mencapai tahap legenda dalam lapangannya, Semburan Badan dan Rambut Ikonik!
Koleksi Amsterdam kolaborasi dua jenama kebanggaan Belanda, Rituals dan Rijksmuseum yang mana gabungan idea dua label ini menghasilkan satu koleksi eksklusif buat kediaman dan juga penjagaan diri. Kolaborasi ini juga adalah satu penghormatan dalam meraikan sejarah Amsterdam sendiri.
Himpunan ini mendapat inspirasi daripada barangan mewah dari Asia; haruman, bunga-bunga eksotik, pasu porselin serta fabrik mewah. Corak pasu bunga Cina Delft Blue ikonik yang menghiasi botolnya tampak klasik dan mewah. Setiap satu direka khusus untuk mencetus perasaan tenang dengan aroma lembut bunga dan rempah eksotik berserta kombinasi yuzu Jepun serta bunga tulip.
Hair and Body Mist ini menjadi pilihan ikonik kami kerana dwi-fungsinya yang amat memudahkan. Dengan semburan seharum ini dan dapat melembapkan dengan baik, sudah tentu kami mahu semburkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki!
Ia menyaluti kulit dengan aroma menyenangkan dan menjadikan kulit terasa segar dan lembap. Agar harumannya bertahan lama, cuba gunakan bersama gel mandian dan krim tubuh dari koleksi yang sama.
Mungkin ada yang kurang familiar dengan Rituals Cosmetics. Ditubuhkan pada tahun 2000, jenama dari Amsterdam ini menawarkan pelbagai pilihan produk penjagaan badan, wangian untuk kediaman, penjagaan kulit semula jadi serta jubah mandi, kesemuanya bertujuan untuk memperkayakan kehidupan penggunanya dengan momen-momen yang menyamankan.
Jenama ini juga amat menitikberatkan keseimbangan persekitaran dan memastikan formula-formulanya 90 peratus asal semula jadi, bungkusan yang boleh diguna semula atau dikitar-semula atau diperbuat daripada bahan kitar semula.
Jadi sambil anda sembur Hair and Body Mist ini, nikmatinya dengan penuh ketenangan kerana anda juga menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar kita.
Himpunan bau-bauan Rituals koleksi Amsterdam ini juga tidaklah terhad kepada Hair and Body Mist semata. Ia dibarisi dengan aneka produk lain seperti gel mandian, krim badan, sabun mencuci tangan dan ada juga stik beraroma (fragrance sticks). Semuanya boleh anda lihat di pautan INI!