Rouge Dior, seikonik nama dan warnanya. Masakan sempurna pengalaman bergincu jika tidak pernah mencalitnya pada bibir atau paling tidak mengenalinya. Rouge Dior, Gincu Ikonik pilihan wanita untuk singgah menyaluti bibir.
Bayangkan hari-hari anda tanpa gincu… Bagaikan kanvas yang kehilangan warna, lagu tanpa irama, sebuah kisah yang tiada penyudahnya. Wah! Begitu sekali bermadah tetapi memang begitulah kerana gincu bukan sekadar kosmetik, you want to make a statement! Adakalaya ia membangkitkan mood yang suram, menaikkan seri wajah, menyuntik keyakinan dan semua ini dari one sleek tube. Alang-alang bergincu mengapa tidak yang ikonik?
Rouge Dior adalah ikon keanggunan dalam dunia gincu. Diciptakan dengan sentuhan kecanggihan sains flora, setiap olesan adalah perpaduan sempurna antara warna intens dan penjagaan bibir yang luar biasa. Diformulasikan dengan ekstrak unik peoni dengan komposisi kaya dengan asid lemak omega 6 dan 9 membantu melindungi bibir daripada kekeringan.
Ekstrak bunga delima memberikan efek mungil dan mulus. Ekstrak bunga prickly pear mengoptimumkan kesan penghidratan dan ekstrak bunga raya menyaluti bibir dengan keselesaan menggalakkan sintesis seramida semula jadi.
Dari nuansa klasik yang memukau hingga inovasi terbaru dalam trend kecantikan, Rouge Dior mempesona dengan tekstur lembutnya dan daya tahan yang luar biasa. Hadir dengan dua kemasan, Rouge Dior Velvet memberi kemasan pusam yang selesa pada bibir sementara Rouge Dior Satin memberikan kemasan bercahaya seperti disalut sutera. Kedua-duanya menawarkan impak warna yang menawan. Bercakap tentang warna, anda punyai 39 couture colour untuk dipilih dari rangkaian Rouge Dior.
Sukar memilih? Peter Philips Pengarah Kreatif dan Imej Christian Dior Makeup mencadangkan empat warna ikonik ini:
999, merah menyala, warna merah nan malar segar. An iconic timeless red.
100 Nude, tampak cantik pada semua orang.
720 Icone, merah jambu yang pasti semua wanita suka.
777 Fahrenheit, merah jingga yang ceria dan menyerlah.
Bukan hanya sekadar gincu, Rouge Dior ia adalah simbol gaya yang tak lekang oleh waktu, memberikan kepercayaan diri kepada setiap wanita yang memakainya.