Jika anda tanyakan saya satu penyembur rambut yang ‘kuat’ untuk dandanan kekal cantik terletak, tanpa ragu saya cadangkan anda miliki Schwarzkopf Professional OSiS+ Session. Efek rambut kemas, rapi dan terletak menjadi janji. Inilah Penyembur Rambut Ikonik sejak dulu lagi.
Schwarzkopf Professional OSiS+ punya variasi produk dandanan yang amatlah pelbagai. Dari wax, gel, mousse ke semburan rambut, tiap satunya punya ciri berbeza demi merealisasikan matlaman dandanan rambut yang juga bermacam-macam. Dan dalam kepelbagaian ini, ada satu produk yang boleh dikatakan paling popular dan disukai oleh pendandan rambut profesional, yakni Schwarzkopf Professional OSiS+ Session.
Mengapa penyembur ini begitu popular? Kerana ia bagaikan satu semburan magis yang seakan membekukan dandanan anda agar kekal terletakd alam masa yang lama. Tahu sajalah cuaca negara kita yang panas-lembap (humid) menyebabkan dandanan selalu tak kekal lama. Semburan ini hadir dengan formula extra hold, jadi memang elok sangat jika anda mahukan stail rambut kekal sepanjang hari.
Tambah istimewa, tidak seperti penyembur ‘Extra hold’ yang lain, rambut yang disembur dengan Schwarzkopf Professional OSiS+ Session masih lagi boleh disikat dan rambut boleh bertukar-tukar dengan stail dandanan lain. Ini juga antara faktor penting mengapa jurudandan selebriti yang selalu melangsungkan penggambaran suka dengan semburan rambut ini. Ia tidak membataskan dandanan.
Mungkin ada yang tak tahu, Schwarzkopf Professional OSiS+ Session juga hadir dalam pelbagai tahap ‘hold’ pada dandanan. Ada yang memegang bentuk rambut pada tahap biasa dan ada yang lebih ekstra.
Tahun lalu rangkaian Schwarzkopf Professional OSiS+ yang diperbaharui bukan sahaja dengan botol baru yang boleh dikitar semula tetapi juga formula vegan yang dipertingkatkan demi memastikan kesihatan rambut tidak terabai dalam kita mencipta pelbagai rambut.
Dapatkan Schwarzkopf Professional OSiS+ Session dan rangkaian yang lain di LAZADA dan juga SHOPEE.
Kenali produk ikonik ini dan rangkaian produk Schwarzkopf Professional yang lain di pautan INI!