Ada banyak faktor yang menjadikan bedak tabur (loose powder) shu uemura unlimited loose mopo ini menjadi kesukaan ramai jurusolek profesional hinggakan kami mahu meletakannya sebagai Bedak Tabur Ikonik dalam senarai EH! 25 Produk Ikonik.
Jenama pilihan pakar solekan dan penggemar kecantikan shu uemura, sememangnya mempunyai barisan bedak asas yang berkualiti dan menjanjikan kemasan yang sempurna! Tetapi cuba anda bayangkan bila bedak asas dah cantik, ‘si dia’ hadir menyempurnakan, memastikan semuanya di tempat yang sepatutnya, mengaburi cela dan memberikan that crucial last touch kepada solekan ada. Ya memang tak lengkap solekan tanpa bedak tabur, lagi-lagi yang begitu ikonik seperti unlimited loose mopo.
Agak istimewa namanya tetapi mopo adalah singkatan untuk moisture powder dan daripada nama kita sudah dapat mengagak ia membekalkan penghidratan dan takkan buat kulit kering.
Inilah kepakaran dari Jepun. Bedak yang membuatkan kulit kelihatan sempurna ini melekap pada wajah dengan ringan dan segera melicinkan penampilan kulit dengan liputan yang turut memberi hasil solekan kulit sihat.
Bahan-bahan unggul dari Jepun seperti minyak tsubaki menjaga lembapan dan melindungi kulit. Walaupun ia hadir dalam satu warna universal, kandungan Mutiara mewah buatan Jepun membuatkan kulit nampak mekar berseri.
Saya percaya sapuan bedak asas shu uemura unlimited fluid foundation akan lebih sempurna andai dilapis dan diperkemas dengan bedak tabur ini. Kanvas wajah sempurna adalah asas penting untuk menaikkan seri wajah menerusi solekan.
Dapatkan bedak ikonik ini butik kecantikan shu uemura, Sephora dan juga secara dalam talian di LAZADA. Boleh singgah ke laman sesawang shu uemura untuk menerokai rangkaian produk ikonik mereka yang lain di pautan INI!