Ini benar-benar ikon di dalam dunia kecantikan! Alami kehebatan PITERA™ dalam setiap titisan dengan SK-II Facial Treatment Essence. “Miracle Water” ini adalah legenda penjagaan kulit, dengan berjuta-juta pengguna setia di seluruh dunia. Dan bagi EH! ‘Miracle Water’ ini adalah Esen Kulit Wajah Ikonik.
Kaya dengan PITERA™, ia merupakan inovasi kecantikan pertama dari SK-II yang formulanya masih kekal sama sejak bertahun-tahun dulu. Mengandungi 90 peratus PITERA™, ia bukanlah penyegar atau toner seperti yang selalu orang sangkakan.
Komposisi PITERA™ serupa dengan faktor pelembap kulit semula jadi (Natural Moisturizing Factors). PITERA™ juga mengandungi 50 nutrien mikro seperti vitamin, asid amino, mineral dan juga asid organik. Faktor pelembap semula jadi ini penting untuk menghidrat dan mengelakkan kulit menjadi kering serta membuatkan kulit nampak segar dan berseri-seri. Ia juga efisien untuk memperbaiki tekstur kulit, mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan dan juga membatu menyamaratakan ton kulit.
Menariknya, kesan pada kulit yang menakjubkan, SK-II Facial Treatment Essence tidak mengandungi banyak bahan kandungan kerana ingin menekankan pada kemujaraban bahan utamanya PITERA™.
Penggunaan titisan SK-II Facial Treatment Essence ini amatlah ringkas dan mudah. Ia adalah produk pertama yang harus diaplikasikan pada wajah sebaik muka dicuci bersih-bersih. Sama ada menggunakan kapas muka mahupun dititiskan pada tapak tangan lalu diratakan pada kulit wajah dan leher.
Hasil penggunaan selama empat minggu berturut-turut, rata-rata mereka yang sudah menggunakan SK-II Facial Treatment Essence mengatakan keanjalan kulit berubah 72%, pori lebih rapat 97% dan wajah nampak lebih berseri-seri 92%.
Nikmatilah keajaiban kecantikan yang kekal dengan SK-II Facial Treatment Essence. Tingkatkan perjalanan penjagaan kulit anda dan ungkapkan rahsia untuk kulit yang berseri dan muda. Temui keajaiban dalam setiap titisan dan biarkan kecantikan semula jadi anda bersinar. Semoga kita semua lebih berseri-seri dengan SK-II. Klik pautan INI untuk informasi lanjut tentang SK-II Facial Treatment Essence yang ikonik ini.