Rasanya tidak perlu berfikir panjang bila mahu mencari sebotol haruman yang disukai wanita mahupun yang disenangi lelaki. YSL LIBRE Eau De Parfum adalah sosok haruman yang tanpa difikir-fikir layak ditabalkan sebagai haruman berciri Uniseks dan Edgy Ikonik.
‘Freedom’ atau terjemahan terusnya kebebasan mempunyai definisi berbeza bagi setiap dari kita. Kebebasan boleh jadi pengertian tentang memenuhi semua kemahuan, menjadi diri sendiri, berkongsi pendapat dan sebagainya. Apa pengertian kebebasan bagi anda?
Biarpun jika dibariskan dengan haruman lain di YSL Beauty, usia haruman ini belumlah lagi mencecah dua angka namun kemasyhuran yang dikecapi di dalam dunia pembikinan haruman, menjadikan LIBRE satu haruman yang boleh dibanggakan YSL Beauty.
LIBRE diperkenalkan selepas tujuh pencarian dan kajian ke atas 1500 variasi untuk menghasilkan olfaktori yang sempurna. Haruman ikonik terhasil dari gabungan kegeligaan akal dua maestro haruman dunia, Anne Flipo dan Carlos Benaïm.
Hari ini siapa yang tidak kenal dengan kelalang jernih dengan metal keemasan tertera logo YSL ini? Bila terlihat saja Dua Lipa, memang akan teringat haruman ini. Minyak wangi yang sudah boleh dikategorikan sebagai uniseks ini (kerana ramai lelaki juga menggemarinya) menghimpunkan nota-nota segar, dari orange blossom yang penuh dengan ritma sensual, serta bunga-bungaan yang memercikan elemen elegan hinggalah kehadiran musk accord yang membuatkan haruman ini lebih pekat dan mewah baunya.
Kehadiran vanila dan amber memercikkan elemen maskulin lantas menjadikan pertembungan antara karakter feminin dan maskulin terimbang sempurna. Elemen aroma yang menonjol ini menjadi istilah tepat dalam mendefinisi elemen maskulin dalam aura rumah fesyen ini, yang mana mereka menggunapakai kuasa gaya kelakian dan dihembuskan nafasnya kepada ilham dan karya yang berjasad kewanitaan.
Hari ini LIBRE bisa gah berdiri, mengecapi kebebasan setara dengan mesej yang mahu disampaikan kepada penggemarnya yang mana LIBRE mahu kita meraikan kebebasan dalam kehidupan. LIBRE mahu kita tidak meletakkan sebarang noktah pada apa yang kita mahu, bangkit, berlari dan kejarlah impian kita.
Klik pautan INI untuk menyelami maksud kebebasan yang mahu LIBRE sampaikan menerusi ledakan aromanya.