“Haruman pertama saya adalah hadiah daripada Jean Reno selepas tamat penggambaran ‘Leon’, ketika itu saya berumur 12 tahun, dan hadiah itu membuat saya berasa dewasa. Haruman adalah lambang kewanitaan bagi saya,”- Natalie Portman.
Miss Dior sekali lagi memilih aktres hebat Natalie Portman sebagai penghias kempennya. Jika dahulu Natalie mengungkap “What would you do for love?” Untuk kempen Miss Dior, kali ini dia berbicara tentang ‘Wake up for love’ pula. Ikuti temubual EH! Bersama Natalie Portman.
Apa maksud cinta bagi kamu?
Cinta itu adalah memberi perhatian.
Kongsikan tiga perkara yang membuatkan kamu bersemangat setiap kali bangun tidur pada waktu pagi?
Keluarga, komuniti saya dan tuah di hari baru.
Tahun 2020 adalah tahun yang sangat sukar, apakah yang ingin kamu ingatkan kepada orang di luar sana untuk terus ‘bangun’?
Saya rasa kita terlalu banyak hidup secara virtual, tiba masanya untuk kita semua letak tepi gajet dan hargai indahnya kehidupan yang sebenar.
Melihatkan kempen Miss Dior yang baharu ini, ia dirakam berlatarkan suasana alam semula jadi yang begitu cantik. Di manakah selalunya kamu pergi apabila mahu dekat dengan alam?
Saya suka berjalan di kawasan pergunungan dan juga pantai. Penggambaran ini berlangsung di Australia dan bagaikan satu nikmat berpeluang berada di sini, penoramanya betul-betul memukau pandang.
Ada debarang komitmen yang anda usahakan dalam melindungi alam sekitar?
Alam semula jadi adalah nikmat yang tidak ternilai namun sayangnya ia kini semakin terancam akibat cara hidup kita sendiri. Saya memilih untuk menjadi vegetarian adalah sebahagian komitmen saya dalam usaha membantu alam semula jadi lebih terpelihara.
Apa perasaan kamu saat melihat gaun Miss Dior yang baharu ini?
Saya sangat sukakanya, ia kelihatan moden walaupun asasnya punya unsur tradisi Dior.
Empat tahun lalu mesej kempen Miss Dior berasaskan cinta yang bersifat romantik. Pada pandangan kamu adakah kempen yang baharu ini membawa mesej cinta yang berbeza?
Ya, bagi saya ada rasa cinta kepada kehidupan, alam semula jadi, dunia dan diri Sendiri.
Apakah perkara yang pertama muncul saat kamu mencium bau Miss Dior Eau de Parfum yang baharu?
Sungguh segar dan mewah dengan bunga-bungaan. Pada awalnya berbau ringan dan lebih menonjol selepas beberapa ketika.
Huraikan Miss Dior yang baharu ini dengan tiga perkataan
Keyakinan, cinta dan bunga-bungaan.
Apakah bezanya Miss Dior dengan haruman Dior yang lain?
Baunya cukup menonjol namun masih ringan dan segar, bau kayu cendana dan kacang tonka lebih menyerlah.
Pada firasat kamu apakah mesej yang mahu Miss Dior sampaikan?
Ia mahu menyampaikan erti sebuah kegembiraan, keyakinan dan semua yang berkaitan dengannya.
Kita sering rasa terkait antara bau dan memori-memori kehidupan, apakah pengalaman lalu yang terimbas di minda saat kamu terbau Miss Dior?
Miss Dior mengingatkan saya saat menjejakkan kaki ke Grasse di Selatan perancis bersama Francois Demachy, sekitar tahun 2015 atau 2016. Saya melihat Sendiri bagaimana bunga mawar dipetik yang dijadikan bahan utama Miss Dior. Ia satu pengalaman yang cukup magis yang membuatkan saya lebih memahami proses penghasilan minyak wangi.
Dipilih sebagai wajah Miss Dior sejak tahun 2011, kongsikan pengalmannya setakat ini.
Bagis aya ini adalah satu pengalaman yang penuh dengan Tuah. Dior Sudah jadi sebahagiand aripada keluarga saya yang menghubungkan saya dengan ratusan artis di sebalik jenama ini. Kepakaran dan tradisi Dior itu sendiri sesuatu yang cukup Indah untuk saya saksikan dan raikan sendiri.
Baca: Selepas Catwalk Pertama Di Miu Miu, Lila Moss Disambar Untuk Kempen Haruman