“Ciptaan baharu ini menggabungkan kilauan berkaca dengan pilihan warna yang lebih menyerlah,” kata Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup.
Dior hadir lagi dengan godaan baharu, pilihan menarik buat riasan bibir anda dengan Dior Addict Glass Lipstick, dengan formula yang lebih bersinar, gabungan pesona gincu, salap bibir dan glos.
Ikuti bual bicara kami bersama salah seorang wajah rasminya, Anya Taylor Joy tentang koleksi paling cute Dior ini.
Apa yang paling kamu suka tentang bekerja bersama Dior?
Perkara terbaik bekerja dengan keluarga Dior ialah kami mengambil berat satu sama lain. Kami sentiasa berada di ruang dunia yang berbeza-beza, menikmati pengalaman yang gila-gila bersama. Saya amat menghargai pengalaman itu. Untuk kempen terbaru ini, sehari sebelum ke penggambaran kempen ini saya sehari suntuk menghabsikan penggambaran lain. Sampai sahaja di set, semuanya nampak menerujakan dengan gula-gula di mana-mana saja. Sangat seronok.
Siapa orang pertama yang mengajar kamu bersolek?
Sebaik saja saya mula bekerja, mekap adalah sesuatu yang wajib, sekaligus ia memberi inspirasi khususnya apabila bekerja dengan jurusolek profesional. Masa saya banyak dihabiskan di set penggambaran jadi mekap adalah sesuatu yang sudah sebati dengan saya. Tapi hanya beberapa tahun kebelakangan ini saya berpeluang bekerja dengan individu yang sangat kreatif seperti Peter Philips dan juga pasukan kerja peribadi, saya mula berikan perhatian. Sekarang saya mula mahu belajar bersolek sendiri. Memang menyeronokan dan ia juga satu seni, seperti melukis. Saya suka memerhatikan cara Peter menyolek wajah saya.

Ada masanya kamu menyolek wajah sendiri?
Bila untuk kerja, semestinya saya serahkan pada yang profesional. Tapi bila untuk diri sendiri, biasanya saya hanya memakai maskara, sedikit penyamar noda dan gincu. Harapnya selepas ini saya tahu menggunakan penggaris mata. Saya selalu meminta tip dari Peter, cuma saya perlu praktis banyak kali.
Apa trik mekap terbaik yang pernah Peter kongsikan dengan kamu?
Peter ada cara yang sangat cermat dan tertib dalam mengoles bedak. Dia akan mengambil dua pad kapas bersaiz kecil dan dia akan buat gerakan tertentu pada wajah. Nampak macam ringkas dan mudah, tapi memang ada perbezaannya.
Bagaimana pengalaman bekerja bersama Jisoo dan Willow Smith untuk kempen baharu Dior Addict Glass Lipstick?
Seronok sangat dapat kembali bekerja bersama mereka di set. Selepas bertahun-tahun bekerja bersama, kami dah semakin rapat, jadi satu penghargaan bila dapat bekerja dengan orang yang kita sayang dan selesa. Saya rasa itu juga sebab kenapa setiap kempen nampak begitu bersahaja kerana kami benar-benar seronok di set, dan kamera berjaya merakam momen itu dengan sangat natural.

Kalau perlu pilih satu kemasan untuk sehari, anda pilih glossy atau sparkly, atau kedua-duanya sekali?
Glossy finish nampak lembut, elegan dan bersahaja, memang sesuai untuk waktu siang. Sparkly pula terasa lebih playful and fun. Jadi semuanya bergantung pada mood hari itu!
Antara 16 rona ini, warna Dior Addict Glass Lipstick mana yang paling menggambarkan diri anda?
Kalau saya perlu pilih satu yang paling menggambarkan diri saya, mestilah 599 Adiorable. Ia playful tapi masih ada sisi bold yang saya suka. Untuk hari yang lebih santai pula, saya selalu memilih 306 Rose Charms kerana ia manis, lembut dan bersahaja. Dan sebenarnya, ada masanya saya suka memakai lebih dari satu warna. Saya lapiskan warna merah jambu dengan nude untuk hasil yang lebih personal.
Kalau anda boleh digambarkan gincu ini dengan satu perkataan sahaja, apakah ia?
Satu perkataan? Shinyyyyy!
Solekan kegemaran bila ke karpet merah?
Saya rasa look yang mengambil masa lama untuk saya suka dan biasakan adalah solekan bibir pucat atau nude. Dulu waktu muda, saya rasa saya tak begitu sesuai memakai gincu nude sebab mata saya agak besar dan ia buat saya nampak sedikit seperti burung hantu. Tapi sekarang saya sangat sukakannya. Semuanya tentang mencari warna nude yang tepat. Saya bukan jenis pinky nude, tapi nude dengan ton kulit yang lebih gelap memang nampak sangat seksi.

Stail solekan yang tepat menggambarkan diri anda?
Kalau betul-betul gaya saya, biasanya saya langsung tak bersolek, itulah yang selalunya. Atau saya cuma calitkan maskara coklat, pensel bibir dan sedikit gincu. Kalau rasa nak lebih fun, saya akan tambah sedikit glos. Peter pernah duduk bersama saya untuk memilih semua warna Dior yang sesuai dengan saya, dan itu memang sangat membantu.
