Gadis cantik yang dikenali sebagai Amelia Jasbir ini bukan sahaja memikat dengan penampilan, tetapi juga dengan jiwa yang penuh inspirasi. Gemar menunggang kuda, menulis dan mendalami psikologi, dia percaya ilmu adalah kunci perkembangan diri — “the more you learn, the more powerful your voice becomes.” Di usia 22 tahun, dia berani menubuhkan jenama gloss sendiri, Ame Beauti yang sold out dalam masa dua minggu. Dalam kesibukan, Amelia tetap menghargai momen bersama keluarga, rakan terdekat dan ketenangan di tepi pantai.

1. Apa yang menginspirasikan anda untuk berkongsi rutin cantik dengan pengikut di media sosial?
Bagi saya, kecantikan itu sangat peribadi ia bukan sekadar tentang rupa, tetapi bagaimana kita menghargai diri sendiri. Saya mula berkongsi rutin kecantikan sebagai satu bentuk ekspresi diri, dan lama-kelamaan ia menjadi cara untuk saya berhubung dengan orang lain. Ada sesuatu yang sangat bermakna apabila rutin harian bertukar menjadi momen yang membina keyakinan dan saya suka dapat memberi inspirasi itu kepada audiens saya.
2. Apa rutin kecantikan harian yang anda tidak boleh ditinggalkan?
Sejujurnya, saya tidak pernah skip cuci muka pada waktu malam. Tak kira penat macam mana pun, walaupun pukul 1 pagi, mencuci sisa hari itu adalah wajib. Ia membantu memastikan kulit saya kekal bersih dan segar.
3. Tiga produk kecantikan yang wajib ada dalam beg?
Saya tidak pernah keluar rumah tanpa lip gloss Ame Beauti jenama saya sendiri, lip liner, dan juga perfume signature saya.
4. Apa tip untuk menjaga kecantikan kulit ketika travelling?
Bila travel, saya pilih rutin yang sangat ringkas. Pencuci muka, pelembap dan SPF adalah wajib. Saya juga akan bawa facial mist dan lip balm untuk kekal hidrasi, terutamanya dalam flight. Kadang-kadang, simple lebih baik untuk kulit.

5. Siapa girl crush anda?
Sudah tentu Lily-Rose Depp. Dia mempunyai gaya yang effortless dan sentiasa menjadi dirinya sendiri. Ada aura yang sangat magnetik tentang dirinya semuanya nampak natural dan penuh keyakinan.
6. Bagaimana anda berhadapan dengan hari-hari yang kurang keyakinan dengan penampilan diri?
Saya percaya kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri sendiri. Sejak kecil, ayah saya selalu memberitahu saya bahawa saya cantik setiap pagi, dan mindset itu kekal sehingga hari ini. Saya juga sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang memberi semangat dan inspirasi, jadi soal penampilan bukanlah kebimbangan utama saya. Jika ada hari saya rasa kurang yakin, biasanya ia datang dari fikiran sendiri. Jadi saya akan alihkan fokus dengan melakukan perkara yang saya suka, seperti menulis ia membantu saya kembali rasa tenang, kreatif dan positif. Bagi saya, keyakinan sebenar datang daripada rasa selesa dengan diri sendiri, bukan hanya penampilan.
7. Kalau anda adalah sebuah lagu, lagu apakah yang paling menggambarkan diri anda?
Saya akan pilih Violets for Roses oleh Lana Del Rey. Saya lebih selesa bergerak sendiri dan sangat menghargai ruang peribadi. Lagu ini terasa dreamy dan independent sama seperti cara saya menjalani hidup, lembut, reflektif, tetapi tetap yakin dengan jalan sendiri.

Artikel Berkaitan: EH!kspresi Cantik: Julia Ariana
