Menelusuri keindahan dan kecantikan Jepun, EH! bersama-sama EHsociates menjadikan TAKAMI masterclass sebagai pintu masuk untuk memahami rahsia di sebalik kulit yang bersinar dan sihat dari dalam, sambil mengungkap rahsia kecantikan holistik yang mengutamakan keseimbangan kulit dan minda.
EH! baru-baru ini berpeluang untuk menyelami TAKAMI masterclass yang memberikan perspektif baru tentang penjagaan kulit. Acara ini berlangsung di restoran If Only di tengah-tengah Kuala Lumpur, yang menyediakan suasana yang sangat elegan dan nyaman. Kehadiran EH! bersama EHsociates menjadikan pengalaman ini lebih berharga, mempelajari tip dan trik kecantikan kulit.
TAKAMI, yang ditubuhkan pada tahun 1999 di Omotesando, Tokyo, bermula sebagai klinik estetika perubatan dan berkembang menjadi salah satu jenama penjagaan kulit. Apa yang menarik tentang TAKAMI adalah pendekatannya yang sangat mendalam terhadap penjagaan kulit. Mereka memfokuskan kepada lapisan luar kulit, dikenali sebagai stratum corneum atau ‘kakushitsu’ dalam bahasa Jepun, yang memainkan peranan penting dalam melindungi kulit dari pelbagai faktor luaran.
TAKAMI berpendapat bahawa menjaga ‘kakushitsu’ adalah kunci untuk memastikan kulit sihat, berseri, dan terhindar dari kerosakan. Bagi EH!, inilah yang menjadikan TAKAMI sangat istimewa. Mereka menekankan pentingnya penjagaan kulit yang lembut dan berkesan, tanpa menggunakan bahan atau teknik yang boleh merosakkan lapisan luar kulit.
Acara ini dimulakan dengan suasana yang sangat meriah. Minuman dan makanan dihidangkan kepada EHsociates, membawa sedikit kesegaran dalam suasana yang penuh dengan keterujaan. Kami dapat merasakan setiap dari mereka yang hadir begitu teruja untuk mempelajari lebih lanjut mengenai TAKAMI dan bagaimana produk-produk ini boleh memberi kesan positif kepada kulit.
Dalam sesi ini, salah satu produk yang paling ditonjolkan adalah skinpeel, yang merupakan produk penjagaan kulit nombor satu di Jepun. Para tetamu begitu teruja untuk mencubanya sendiri dimana, skinpeel berfungsi untuk merangsang pembaharuan sel kulit, menjadikan kulit lebih licin, cerah, dan berseri.
Tidak hanya tentang produk, EHsociates juga diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan. Salah satunya adalah produk styling, di mana mereka diberi peluang untuk mengekspresikan kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan yang disediakan, membuka ruang untuk mereka berkongsi kreativiti dengan cara yang santai dan menyeronokkan.
Selepas aktiviti tersebut, tetamu diterangkan lebih lanjut mengenai rutin penjagaan kulit, menunjukkan teknik-teknik yang betul untuk mencuci muka dengan menggunakan TAKAMI Moisture Rich Face Foam. Apa yang dipelajari adalah bagaimana pentingnya untuk menjaga kelembutan kulit kita semasa proses pembersihan, tanpa menggosok kulit wajah secara kasar dan tanpa merosakkan lapisan luar kulit.
TAKAMI masterclass adalah pengalaman yang sangat berharga. Bukan sahaja dapat belajar tentang bagaimana menjaga kulit dengan cara yang lebih lembut dan berkesan, tetapi juga bagaimana TAKAMI membawa pendekatan yang sangat berbeza dalam dunia kecantikan dengan menggabungkan sains, seni, dan kehalusan dalam setiap produk mereka. Ia mengingatkan kami bahawa kecantikan sejati bermula dari dalam, dan kita harus memberi perhatian penuh kepada penjagaan kulit kita untuk memastikan ia sentiasa sihat, berseri, dan terlindung.
Di akhir masterclass ini, EHsociates bukan sahaja membawa pulang ilmu baru tentang cara terbaik untuk merawat kulit, tetapi juga membawa goodies berupa produk TAKAMI yang boleh digunakan dan dinikmati kesannya setiap hari. Kami merasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk mendalami lebih banyak mengenai produk dari Jepun ini dan bagaimana ia mampu memberikan kesan yang luar biasa kepada kulit.
Bagi anda yang ingin mencuba keajaiban produk TAKAMI, anda boleh membuat pembelian di Sephora berhampiran.
Artikel Berkaitan: TAKAMI, Revolusi Penjagaan Kulit Dari Jepun