Bercakap mengenai ekspresi diri, simbol kuasa dan keberanian buat wanita menerusi cara penampilan diri, EH Malaysia sempat menemubual Claudia Soare, anak kepada Anastasia Soare dan juga merupakan pengarah Anastasia Beverly Hills – sempena Hari Wanita Sedunia.
Hari Wanita Sedunia merupakan salah satu sambutan yang sangat istimewa. Bulan Mac adalah Bulan Sejarah Wanita, di mana ia merupakan sebuah sambutan yang menyokong atau meraikan wanita di seluruh pelusuk dunia, dari segi inspirasi, emosi, budaya, pencapaian, usaha, dan banyak lagi – you just name it! Maka, tidak hairanlah bulan ini adalah bulan istimewa bagi wanita untuk merasa diraikan, diberdayakan, terinspirasi, dan mempunyai emosi yang gembira serta bangga.
Sempena meraikan bulan ikonik ini, EH! telah berpeluang untuk menemu ramah seorang wanita yang telah banyak memberi inspirasi, dari pengasas jenama kecantikan hingga sebagai aktivis mengenai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hari Wanita Sedunia baginya. Ketahui apa kata Claudia Soare (CS), pengarah Anastasia Beverly Hills tentang bagaimana kecantikan digunakan sebagai salah satu kuasa, dan inspirasi terbesar masa kini.