Apakah maksud Hari Wanita Antarabangsa bagimu?
CS: Bagi saya, ia merupakan hari buat meraikan kepelbagaian dan kekuatan wanita. Setiap wanita mempunyai pengalaman dan dunia yang berbeza. Tidak lupa juga impian dan pencapaian yang berbeza. Semua wanita wajar diraikan kerana keperibadian mereka.
Apakah tren solekan mata kegemaran anda sekarang?
CS: Apabila bercakap tentang tren untuk solekan mata, saya suka penampilan yang artistik dan berani. Saya sangat mementingkan warna dan inspirasi, ia selalu hadir melalui alam semula jadi dan fesyen – walaupun hanya untuk solekan mata. Warna-warna yang terang dan juga bulu mata yang dramatik di bahagian atas dan bawah; adalah pilihan go-to saya buat masa ini.
Apakah produk kegemaran anda sepanjang masa daripada Anastasia Beverly Hills sendiri yang membawa simbol kuasa dan kekuatan?
CS: Tentu sekali Brow Wiz. Ia merupakan produk ikonik, bukan hanya untuk jenama ini tetapi dalam industri solekan sendiri. Ia benar-benar sebagai game-changer ketika kami melancarkannya, dan hingga kini ia merupakan produk terlaris kami. Brow Wiz mewakili kuasa dan kekuatan kerana ia adalah untuk semua orang – setiap jenis alis dan setiap tahap kemahiran. When you feel your best, you feel powerful. Begitu juga buat kening, kerana ia merupakan ciri utama yang menentukan penampilan wajah seseorang – yang membantu untuk mencapai keyakinan itu.