Punya pengikut di Instagram mencecah 16 juta orang, tidak hairanlah wajah ini menjadi suntingan Lancôme sebagai jurucakap terbaru mereka.
Melancarkan saluran YouTube pada usia 16 tahun, Emma pantas memikat jutaan penonton dari seluruh dunia. Videonya bersahaja, personalitinya tampak mesra, dia juga bijak berjenaka, lantas membuatkan muat naik setiap videonya sering saja dinanti-nanti khususnya kelompok muda.
Selain ciri-ciri yang disebut tadi, apa lagi yang membuatkan orang menyukai Emma ialah cita rasanya dalam bergaya. Dia dianggap sebagais alah seorang ikon fesyen dari Gen-Z, dia nampak cool bagi pengikutnya. Populariti dan personaliti Emma itulah yang membuatkan jenama kecantikan Paris,Lancôme menyuntingnya sebagai duta global mereka. Pemilihan ini rasanya tepat melihatkan pengaruh Emma kepada pengikutnya, dia ‘real’.
“Saya punya definisi dan pandangan tersendiri tentang cantik dan saya tidak letakkan diri saya dalam industri kecantikan kerana saya fikir saya tiada kualiti berkaitan dengannya. Jadi bilaLancôme menyunting saya untuk kerjasama ini saya rasa terharu dan teruja kerana ada jenama yang memahami dan menghargai saya,” jelas Emma.
‘Tugas’ pertama Emma bersama Lancôme ialah ‘How do you say beauty in French, iaitu sebuah siri yang dimuat naik di YouTube Lancôme. Siri ini mempamerkan pelbagai kejutan dan insiden lucu.
Françoise Lehmann, presiden antarabangsa Lancôme berkongsi, “saya dengan rasa bangga menyambut kehdairan Emma ke dalam keluarga besar. Selain berjaya pada usia yang muda, dia disanjung atas perspektifnya. Kami menghargai ton dan jenakanya pabila dia berdiskusi tentang satu-satu isu.”
7 Trivia Tentang Emma Chamberlain
- Emma dilahirkan pada 22 Mei 2001 di California.
- Ayahnya seorang artis dan ibunya pula bertugas sebagai koordinator penerbangan.
- Pada tahun 2018 Emma berpidnah ke Los Angeles dan menubuhkan Sister Squad bersama Youtuber terkenal James Charles dan The Dolan Twins.
- Pada tahun 2019 Emma meraih kemenangan di Teen Choice Awards kategori Choice Female Web Star.
- Dia juga pernah menjalin kolaborasi bersama Louis Vuitton untuk projek istimewa YouTube sempena minggu fesyen Paris.
- Tahun 2020 Emma menghiasi muka depan majalah Cosmopolitan dan menariknya, blurb di muka depan tersebut tertulis ‘The most popular girl in the world’.
- Majalah hiburna terkenal Variety pula menyenaraikan Emma dalam senarai ‘Power of Young Hollywood’.