Alive, haruman segar Hugo Boss menampilkan empat bintang global menerusi kempen yang didasari semangat feminin.
Emma Roberts, Bruna Marquezine, Laura Harrier dan Chloe Bennet disunting sebagai wajah kempen haruman Alive, aroma yang sudah dilancarkan setahun lalu daripada Hugo Boss. Kempen yang dirakamkan di Los Angeles itu menampilkan elemen positiviti, penuh tenaga dan keringkasan dalam kehidupan harian. Bermula dari dini hari hingga ke lewat malam, keempat-empatnya dipertontonkan dalam atmosfera yang penuh energi sambil dilatari lagu ‘What’s Up’ oleh Four Non-Blondes. Kempen ini mahu mencerna mesej kita seharusnya menikmati hidup sepenuhnya setiap hari. Enjoy!
“Saya rasa perkara paling berani yang patut dilakukan oleh gadis muda di dalam karier mereka ialah belajar mengatakan ya atau tidak. Saya sendiri masih belajar, dan pada saya apabila kita boleh katakan ya dan tidak pada waktu yang betul, itulah hal paling berani yang kita lakukan,” luah Emma.
Botol Bak Permata
Banyak hal menarik di sebalik pembikinan haruman ini. Antara yang saya suka apabila Hugo Boss melantik Amelie Riech, iaitu seorang pereka barang kemas untuk mencipta reka bentuk botol haruman ini. Kelalangnya tampil bersegi dalam material kaca yang berat, tampak solid. Id dilengkapkan dengan pendakap emas pada sisinya. Menurut Amelie dia mahu menghubungkan elemen maskulin yang sebati dengan Hugo Boss pada botol haruman ini. “Apabila melihat botol minyak wangi ini saya rasa ia sebuah karya hebat, bagaikan batu permata, cukup bernilai,” kongsi Amelie.
Mendasari asas haruman ini, ia adalah hasil campuran epal, anggur, plum dan kayu manis. Menambah elemen feminin, haruman ini juga dipercikkan dengan vanila dan bunga melati. Ada juga sedikit elemen maskulin apabila kayu sedar China, kayu cendandan dan olivewood dicampurkan di dalam haruman yang dicipta oleh Annick Ménardo ini.
Baca: English Pear & Freesia, Selepas Berdekad Masih Jadi Buruan Di Jo Malone