KAIA GERBER
Kali ini Kaia memilih busana Alexander McQueen, dan dia menghidupkan penampilannya kali ini dengan gaya rambut keriting penuh volum hasil dandanan jemari emas pendandan legenda, Guido Palau. Saya percaya Guido menggunakan extension yang banyak untuk mendapatkan hasil sebegini kerana rambut Kaia tidaklah sepanjang dan selebat ini. Solekan Kaia disempurnakan oleh Naoko Scintu yang menggunakan rangkaian alat solek YSL Beauty.