OLIVIA RODRIGO
Saya suka dengan solekan Olivia kali ini, kerana selalunya dia senang dengan gaya yang sweet sahaja, yang natural, walhal usianya yang masih muda seharusnya dia lebih berani untuk bereksperimen. Permainan pembayang mata ungu dan sedikit percikan metalik membuatkan solekan ini sangat hidup. Calitan ton ungu dan coklat pada bawah mata membuatkan solekan ini tampak edgy. Sapuan gincu koral pusam satu pilihan bijak untuk menyeimbangkan solekan ini. Olivia dirias Lilly Keys dan rambutnya pula disiapkan oleh Clayton Hawkins.