Adakah anda cukup berani untuk tampil #bareskin dalam sebuah kempen? Anda patut lihat pada keberanian serta kecantikan kulit berseri enam bintang dunia ini menerusi kempen baharu SK-II untuk Facial Treatment Essence, dan salah seorangnya Chloe Grace Moretz.
SK-II, jenama produk terkemuka dunia dari Jepun melancarkan #BareSkinProject yang mana kempen ini mengajak wanita di serata dunia untuk tampil #bareface. Kempen ini mengetengahkan enam selebriti dunia yang cukup berani dalam menyahut cabaran #bareskin, erti kata lain tanpa sebarang solekan buat pertama kalinya dengan bantuan produk signature dari SK-II iaitu Facial Treatment Essence.
Bintang kempen ini dibarisi oleh Chloe Grace Moretz, Chun Xia, Kasumi Arimura, Mayu Matsuoka, Ni Ni dan Tang Wei. Sesi penggambaran mereka telah disempurnakan oleh jurugambar terkemuka dunia dari Magnum Photos seperti Christopher Anderson, Alessandra Sanguinetti dan Jim Goldberg. Tambah mengejutkan lagi, setiap keping gambar untuk #BareSkinProject ini tidak langsung melalui sebarang proses suntingan demi membuktikan keserian kulit bintang-bintang ini walaupun tampil tanpa solekan, hanya berbekalkan sapuan Facial Treatment Essence.
Turut dikenali sebagai Miracle Water bagi pencinta essence, Facial Treatment Essence merupakan inovasi kecantikan pertama dari SK-II yang formulanya masih kekal sama sejak lebih 35 tahun lalu dan mengandungi 90% PITERA™. Essence ini menjanjikan untuk mengubah lima dimensi kulit menjadi kulit yang jernih dan merupakan kunci yang memungkinkan kempen #BareSkinProject.
“Ia amat menyegarkan pabila mendengar tentang sebuah kempen yang bertujuan untuk merangkul kecantikan semula jadi wanita dan mencetuskan pergerakan demi keaslian dan keyakinan sebenar,” kata Chloe Grace Moretz.
Aktres berbangsa cina, Chun Xia pula menyatakan, “Dari mana asalnya saya, bare skin yang sihat adalah satu trend besar tetapi selalunya gambar bare skin yang ditangkap akan sentiasa diserikan dengan natural make up look. Dengan #BareSkinProject, saya mahu menunjukkan keikhlasan saya kepada penonton dan peminat akan diri sebenar saya dengan wajah bare skin.”
Bahkan, SK-II turut akan melancarkan beberapa buah filem pendek yang diarahkan oleh Virgile Textier dan Guillaume Cagniard dari HOSSEGOR. Filem-filem pendek ini mendokumentasikan momen manis perjalanan setiap selebriti yang turut serta dalam kempen.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, ikuti #BareSkinProject atau semak akaun Instagram SK-II untuk potret-potret eksklusif lain.