Sebotol Estée Lauder Double Wear Stay-in-Place Makeup terjual setiap 30 saat di Amerika Syarikat, dan dari sini kamu tahu mengapa bedak asas ini yang perlu ada dalam rutin solekan Syawal ini.
Apakah perkara atau langkah paling penting bila bersolek? Bagi saya semuanya terletak pada asasnya, merangkumi penyediaan kulit dan aplikasi bedak asas. Percayalah, dalam banyak-banyak item solekan, mencari bedak asas yang serasi adalah yang paling rumit. Banyak hal perlu ditimbang-tara, bukan dari ton atau warnanya semata.
Tanyakan pada diri kamu, apa yang menjadi keutamaan? Saya percaya antara ciri penting sebuah bedak asas yang bagus ialah tahan lama, tidak mudah comot, bertekstur ringan, membuat kulit bernafas, tidak terlalu tebal, selesa dipakai dan banyak lagi.
25 TAHUN BERADA DI PASARAN
Estée Lauder antara jenama yang mempunyai bedak asas yang disukai ramai, baik jurusolek mahupun wanita yang mementingkan keselesaan kala kulit dibaluti solekan. Estée Lauder Double Wear Stay-in-Place Makeup menjadi kegemaran ramai kerana litupannya kekal hingga 24 jam, lebih lama dari yang kamu perlukan.
Bila bedak asas tahan lama maknanya ia bebas minyak secara tidak langsung juga ia mempunyai formula yang boleh mengawal minyak di wajah.
Salah satu faktor yang menbuatkan ramai wanita jatuh cinta dengan bedak asas cecair ini bukan sahaja kerana ia tahan lama malah ia membuatkan kulit nampak sekata, berseri- dan mulus walaupun dilihat secara dekat. Selain itu bedak asas ini juga terksturnya ringan, wajah tidak terasa seperti memakai ‘topeng’. Kulit bernafas dengan baik biarpun berjam-jam memakai solekan. Bedak asas ini juga tahan peluh dan sesuai dengan cuaca negara kita yang panas dan lembap (humid).
Double Wear Stay-in-Place Makeup diperkenalkan pada tahun 1997, dan sejak itu produk kebanggaan Estée Lauder ini sudah memenangi banyak anugerah kecantikan malah inilah bedak asas Estée Lauder paling laris dibeli dan ditabalkan sebagai bedak asas cecair Estée Lauder nombor satu di Amerika Syarikat.
Double Wear Stay-in-Place Makeup hadir dengan 45 warna dengan kemasan pusam (matte), dan lebih istimewa ia dilengkapi dengan SPF 10/PA++, kulit kekal terlindung saat berada di bawah pancaran mentari. Miliknya pada harga RM201 (30ml) dan boleh didapati di kaunter atau stor Estée Lauder dan secara dalam talian di esteelauder.com.my
Dan jangan lupa juga untuk berkunjung ke stor Estée Lauder untuk menerima bekalan Double Wear Foundation yang cukup untuk kegunaan 10 hari secara percuma.
Baca: Advanced Night Repair, Serum Buruan Wanita Untuk Melengahkan Penuaan