Sentuhan tangan ajaib! Lemparkan sahaja gaya rambut dikehendaki, hasilnya tidak pernah mengecewakan. Duo hairstylist pilihan selebriti ini, bersatu demi FA FAA.
Juno Ko dan Cody Chua, dua individu penting dalam mempersiapkan gaya lengkap selebriti terkenal. Scha Alyahya, Ayda Jebat, Izara Aishah, Anzalna Nasir dan ramai lagi selebriti adalah klien utama mereka. Hairstylist Editorial bergabung mencurah idea dan tip dalam penjagaan rambut melalui Fa Faa Official.
FA FAA adalah set penjagaan rapi rambut yang menggunakan teknologi terkini serta punya konsep tersendiri. Syampu foamless dan pupur rambut dalam bungkusan serba kontemporari ini menangkap minat saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set penjagaan rambut yang dikatakan bebas toksik.
Walaupun mereka sibuk di set pengambaran, saya berkesempatan mencuri masa untuk interviu Juno Ko dan Cody Chua tentang keistimewaan FA FAA dan kisah disebalik mereka bergelar sebagai pendandan rambut selebriti.
Juno Ko dan Cody Chua :
Siapa dan apakah sumber inspirasi kalian untuk memeulakan karier sebagai pendandan rambut?
Cody : Hampir keseluruhan inspirasi saya datangnya dari ilham fesyen. Saya banyak menghabiskan masa mengkaji dan belajar mengenai trend fesyen semasa. Tidak kisahlah dari platform online mahupun majalah fesyen.
Juno : Tidak tetap. Jika subjek (individu) yang saya bekerja tampak cantik sudah memadai di mata saya.
Bagaimana anda boleh terjun ke dalam bidang dandanan rambut dan apakah transisi bekerja dengan selebriti?
Cody : Karier saya bermula sejak dari pusat akademik rambut. Selepas graduasi, saya bekerja di salon rambut buat sementara waktu sambil bekerja saya memperolehi banyak ilmu berguna dalam penggayaan rambut dan penjagaan juga. Selepas itu, saya berpeluang untuk bekerja dalam bidang editorial sebagai sehinggalah sekarang ini.
Juno : Saya tidak mempunyai asas dan cukup sekadar go with the flow! Setiap karya yang saya hasilkan adalah melalui idea kreatif saya dan jika klien saya suka sudah memadai. Namun, setiap kali saya terlibat dalam sesi fotografi ada sahaja ilmu baharu yang saya belajar atau berkongsi bersama klien dan rakan editorial.
Siapakah klien selebriti yang mempunyai rambut paling cantik pernah anda bekerja?
Cody : Izara Aishah. Dia mempunyai rambut yang tebal dan sihat. Mudah untuk saya menghasilkan karya luar biasa dengannya.
Juno : Sudah tentu, puteri idaman saya, Ameera Khan!
Siapakah selebriti paling ‘Daring’ apabila bercakap tentang rambut ?
Cody : Scha Alyahya dan Ayda Jebat. Mereka berdua boleh dengan apa jua stail rambut.
Juno : Ameera Khan. Apa sahaja stail rambut yang ingin saya hasilkan, dia hanya senyum and angguk tanpa membantah. Saya sudah cukup gembira!
Apakah yang memberi sumber inspirasi untuk mencipta produk rambut sendiri?
Cody : Segalanya datang daripada minat dengan apa yang saya dan Juno lakukan. Kami cuba menggabungkan fesyen dan kecantikan dalam satu konsep iaitu lain daripada yang lain. Fa Faa bukanlah set penjagaan rambut pernah anda miliki sebelum ini. Kami ingin anda ‘Wow’ sambil mencubanya sendiri.
Juno : – Keluar dari zon selesa. Saya dan Cody bergabung tenaga untuk mencipta sesuatu di luar jangkaan kami. Siapa sangka buah hati baru kami baru sahaja berada di media sosial, kini menjadi bualan ramai.
Apakah definisi ‘Hair Goals’ dalam kamus FA FAA?
Cody : Rambut sihat dan bebas kelemumur pada kulit kepala adalah definisi hair goals kami.
Juno : Untuk menghasilkan rambut sihat dan kuat.
Apakah produk rambut yang tidak boleh ditinggalkan ?
Cody : Syampu! I can’t leave without it.
Juno : Syampu!
Bagaimana FA FAA bermula?
Cody : I love beauty! Jika anda kenal saya, saya suka membeli dan bereksperimen dengan setiap produk baru. Lantas, terdetik di hati saya untuk mereka sebuah produk bukan sahaja baik untuk penjagaan malah punya elemen gaya hidup. Saya banyak mengkaji untuk mencari formula terbaik hanya untuk koleksi pertama ini.
Juno : Kami gabungkan idea bersama teman yang lain. Masing-masing mempunyai minat tersendiri dan konsep. Lalu, terhasillah FA FAA.
Pendapat anda mengenai mitos terbesar atau salah faham mengenai penjagaan rambut ?
Cody : Jika anda mempunyai masalah kelemumur sehingga kulit kepala berminyak, menggerutu atau kering, mulalah mencuba pelbagai jenis rambut dengan harapan masalah akan sembuh. Jangan hanya pilih syampu disebabkan ‘cakap orang’ sebaliknya semak sendiri masalah kelemumur anda dengan dan barulah anda akan jumpa syampu terbaik.
Sejauh mana anda terlibat dalam proses perkembangan FA FAA?
Cody : Saya bermula dari bawah, setiap proses memerlukan masa dan perhatian yang sewajarnya. Bukan mudah untuk menghasilkan sebuah produk yang boleh diterima setiap wanita.
Juno : Setiap proses yang terlaksana melibatkan beberapa teman kami yang bersama-sama memastikan produk terhasil dalam keadaan cukup memuaskan.
Artikel berkaitan Tip Cantik Izara Aishah