Foreo melancarkan Luna 3 Men, peranti membersih dan mengurut wajah khusus buat lelaki yang mahu memanjakan diri dengan rutin penjagaan kulit yang lebih ekstra!
Peranti berteknologi dalam hal penjagaan kulit ternama, Foreo terus berevolusi menerusi penghasilan peranti berteknologi khusus buat penggemarnya dengan memperkenalkan Luna 3 Men. Peranti baharu ni bakal menjadi satu-satunya gajet pencuci wajah yang diperlukan oleh lelaki. Ia bukan sekadar mencuci wajah secara menyeluruh malah ia juga dicipta khusus untuk lelaki yang mempunyai jambang dan misai agar cucian wajah lebih sempurna.
Alat ini membersihkan wajah menerusi penggunaan berus halus yang berfungsi untuk melenyapkan 95.5 peratus kotoran di wajah, membuang minyak dan kulit mati. Ia mencuci kulit yang terlindung di celah-celah jambang dan misai dengan sepenuhnya. Ia membersihkan kulit dengan lembut.
Helaian berus pencucinya yang lebih panjang menjadikan tiap helai berus mampu mencapai bahagian kulit yang terlindung di sebalik rerambut wajah seperti misai, janggut mahupun jambang.Berusnya bukan sahaja panjang malah 25 peratus lebih lembut andai dibandingkan dengan model Foreo yang pernah dilancarkan dahulu. Saiz kepala peranti baharu Foreo ini juga lebih besar jadi cucian akan lebih menyeluruh.
Mengapa perlu bersusah-susah menggunakan peranti sebegini untuk mencuci muka? Bukankah lebih senang menggunakan tapak tangan seperti biasa? Itu mungkin yang terlintas di fikiran sesetengah lelaki. Tetapi bukankah penjagaan kulit juga adalah salah satu terapi memanjakan diri? Foreo Luna 3 Men ini bukan sekadar mencuci malah ia juga bertindak sebagai alat untuk mengurut wajah.
Selain cucian yang menyeluruh penggunaan mesin ini memberi ruang kepada anda untuk mencuci muka dengan lembut. Geseran yang lembut penting untuk melambatkan proses penuaan. Jika cucian biasa menggunakan tangan, sebahagian lelaki agak kasar dalam teknik cucian dan urutan yang turut menjadi faktor dalam munculnya tanda-tanda penuaan.
Menariknya peranti ini dilengkapi dengan Firming Massage Mode yang membolehkan anda mengurut kulit wajah dengan menekap bahagian belakang peranti ini. Manfaat teknologi T-Sonic membuatkan urutan wajah lembut dan bagus untuk merawat masalah penuaan serta menjadikan kulit lebih segar. Foreo Luna 3 Men kini boleh dibeli secara dalam talian Foreo atau boleh juga beli terus di Sephora pada harta RM902.
Artikel Berkaitan: Dr. Barbara Sturm, Skincare Pilihan Gigi Hadid Kini Di Malaysia