American Music Awards 2020
Dua Lipa memang suka berekspresi menerusi solekan mata nan pelbagai. Kali ini solekan matanya tampil dalam gaya berkilau dan cukup glittery. Jurusoleknya memilih pembayang mata warna kelabu kehijauan. Untuk gincunya pula, saya syak ini warna kegemaran Dua Lipa kerana Sudah kerap kali terlihat dia dengan calitan gincu serupa.