63rd Annual GRAMMY Awards
Rambut hitam ikal mayangnya dibiar terurai lurus dan dibelah tengah. Kelopak matanya disaluti dengan pembayang mata ton ungu dengan sedikit efek berkilau. Bulu keningnya tampil gelap dan tebal lantas mencipta gaya solekan mata yang Lebih dalam. Saya sukakan kemasan pada bibirnya, tidak pusam tidak berkilau, biasa-biasa sahaja, bagaikan warna bibirnya memang begitu. Di majlis ini Dua Lipa menggayakan gaun berkilau Versace dan dia memenangi anugerah bagi kategori Best Pop Vocal Album menerusi album Future Nostalgia.