The BRIT Awards 2021
Syabas buat penata gaya Dua Lipa yang bijak mencari jalan untuk membuatkan penampilan pelantun Levitating ini menonjol di majlis anugerah muzik tahunan Britain ini. Dua Lipa hadir dengan gaun eksentrik Vivienne Westwood dan rambutnya tampil dalam gaya beehive dan tidak semena-mena gaya rambut ini kembali ‘in’. Berbeza dengan selalu, solekan matanya lebih relaks, cmungkin karana gaya dandanannya sudah ‘over’ jadi biarlah seimbang. Pada malam itu dia membawa pulang dua anugerah utama iaitu Penyanyi Wanita Terbaik dan Album Terbaik.