Aromanya buat wanita feminin namun ada keyakinan. Gabrielle Chanel Essence haruman baru Chanel yang bakal menjadi ikonik generasi muda. Hujung tahun lalu saya berpergian ke Grasse, Perancis melawat ladang bunga eksklusif Chanel. Di sana selain mendekati tuberose yang menjadi perencah utama haruman baru chanel ini, saya juga sempat mendekati Oliver Polge, orang kuat di Chanel yang bertanggungjawab memperkenalkan Gabrielle Chanel beberapa tahun lalu. Selepas kejayaan Gabrielle Chanel EDP, mereka melancarkan pula Gabrielle Chanel Essence, haruman yang Oliver Polge tafsirkan lebih ‘berkrim’.
Jika ditanyakan pada saya, yang baru ini lebih mewah dan pekat baunya. Mungkin mereka melebihkan tuberose. Gabrielle Chanel yang sulung lebih ringan baunya namun tidak bermaknan ia tidak tahan lama. Seperti kata Gabrielle Chanel sendiri, “saya menentukan sendiri siapa yang saya mahu jadi,” jadi haruman ini cukup menyerlahkan karakter wanita yang sangat berani, berdikari dan bold. Haruman ini adalah ekspresi kepada personaliti seorang wanita yang membawa revolusi menerusi visinya dalam dunia fesyen dan kecantikan. Mungkin anda bias seberani wanita yang utuh dengan karakternya yang cukup cintakan ‘kebebasan’.
Kata Olivier Polge. mencipta Gabrielle Chanel tidak mudah kerana aroma ini perlulah menggambarkan personaliti pengasas Chanel dengan tepat. Dan yang terbaru ini lebih mewah dengan tuberose.
“Gabrielle Chanel adalah projek haruman wanita terbesar yang pertama untuk saya kerana Chanel hanya melancarkan haruman dalam masa 10 atau 15 tahun sekali. Sementelah bunga sudah menjadi bahan minyak utama di Chanel terutamanya yang berwarna putih seperti melati, tapi belum ada haruman yang sepenuhnya menggunakan bunga-bungaan. Sisi haruman bunga-bungana belum kami terokai sepenuhnya melainkan Les Exclusifs De Chanel Beige and Gardenia mahupun N°5. MEmandangkan haruman inia dalah cerminan kepada Gabrielle Chanel, karakter haruman ini mestilah menjadi refleksi kepada personaliti dirinya. Penggunaan bunga-bungaan yang banyak sebenarnya agak mencabar,” jelas Olivier.