Selain fesyen, People’s Choice Awards juga membawakan pelbagai momen cantik barisan selebriti yang sepadan dengan identiti diri mereka. EH! senaraikan penampilan cantik mereka dari segi solekan dan gaya rambut.
Berlangsung kali ke-49, People’s Choice Awards 2024 diadakan di Barker Hangar, Santa Monica, California. Dihoskan oleh Simu Liu, Acara ini ialah rancangan anugerah Amerika, mengiktiraf orang dalam hiburan, diundi dalam talian oleh orang awam dan peminat.
Selain gaya para selebriti yang menghiasi karpet merah, rambut dan solekan yang pelbagai juga mencuri tumpuan. Setiap perincian dirias dengan teliti untuk menonjolkan keanggunan dan keberanian setiap individu, menjadikan mereka sebagai selebriti dengan menang gaya.
Semak gaya cantik selebriti di People’s Choice Awards 2024
Sydney Sweeney
Pelakon Rom Com ‘Anything But You’, Sydney Sweeney mengekalkan gaya anggun dan minimalis pada acara malam itu. Sydney menggayakan rambut berona honey-blonde dengan curtain bangs, dan hembusan anggun sambil memilih rias mata smokey gelap dan bibir matte berona nude.
Billie Eilish
Billie Eilish, hadir dengan gaya santai bersama solekan minimalis. Lengkapi gayanya, Billie menyarung cermin mata petak. Akhirnya, Billie debut dengan rambut berona hitam setelah bertahun-tahun rambutnya diwarnakan dengan variasi warna menjerit.
Ice Spice
Rapper Gen Z, Ice Spice hadir dengan gaya paling mencuri perhatian. Solekannya diserlahkan dengan eyeliner tebal serta bronzer yang telah ditambahkan untuk menyerlahkan tulang pipinya dengan lebih baik, manakala rona nude yang lebih gelap dipakai pada bibirnya. Rambut unik, sudah pasti dikenali ramai hanya dengan melihat rambutnya yang berona oren. grahh
Rachel Zegler
Pelakon The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes, Rachel Zegler hadir dengan kecantikan semula jadi dengan rambut hitam beralun. Dia kelihatan berseri dengan solekan minimalis, bibir nude dan kening yang tebal.
Ariana Greenblatt
Bintang Barbie ini hadir dengan glamor klasik 50-an berinspirasikan Priscilla, menyuntik gaya glamor pada malam itu. Ariana dirias dengan eyeliner tebal dan bibir nude gelap, melengkapkan gayanya dengan rambut tinggi bersama cekak teball
Halle Bailey
Halle Bailey benar-benar menangkap mata dengan keunikannya! Penampilannya yang berani dan menakjubkan, diserlahkan dengan pembayang mata biru dengan calikan glos bibir berona nude.
Xochitl Gomez
Xochitl Gomez hadir dengan look yang elegan. Untuk wajahnya, Xochitl memilih solekan minimalis berona merah jambu lembut dan pembayang mata gelap bagi menampakkan sifat berani. Dahinya juga dihiasi helaian rambut yang digel untuk menaikkan seri looknya pada malam itu.
Coi Leray
Alexandra Shipp
Alexandra Shipp hadir dengan solekan minimalis, memfokuskan pada rona merah jambu lembut untuk mata dan bibirnya. Dandanan rambut Alexandra mencuri tumpuan dimana rambutnya diikat menjadi bun tinggi bersama micro bangs.