Pertunjukan fesyen selalu menjadi highlight utama, tetapi bagi beauty junkies, inilah pentas sebenar trend bermula. Ibarat persembahan artis popular di halftime Super Bowl, semua mata tertumpu kepada siapa paling bold, paling different dan siapa yang bakal menjadi reference look untuk bulan-bulan akan datang.
Sebelum tirai rasmi New York Fashion Week FW26 dibuka, Marc Jacobs sudah pun memanaskan gelanggang dengan persembahan off-schedule bertajuk “Memory. Loss,”. Koleksi yang diterjemahkan melalui garisan lurus, potongan high neck serta tona lembut yang mendominasi pentas runway. Akan tetapi, apa yang berlaku di front row lebih menarik dan lebih dramatik.
Estetika 90-an dan awal 2000-an jelas mendominasi malam itu. Pin curls, high ponytail, smokey eyes dan bold liner kembali dengan versi lebih moden. Setiap look bukan sekadar cantik di hadapan kamera, tetapi memberi bayangan jelas tentang arah aliran kecantikan yang bakal mendominasi dunia kecantikan yang akan datang.
Julia Fox
Julia Fox tidak pernah gagal menjadi centre of attention. Ringlets glossy dan pin curls kemas berikan aura living doll yang sedikit dark dan mysterious. Eyeshadow lavender digabung dengan liner hitam tebal tanpa maskara menjadikan look kelihatan bold, unconventional dan sangat on-brand dengan dunia Marc Jacobs.

Meredith Duxbury
Membawa aura edgy yang sangat ’90s supermodel coded dengan kening nipis yang beri statement kuat pada keseluruhan look. Rambut hitam panjang dengan side sleek membingkai wajah secara dramatik, manakala solekan sculpted dengan kulit matte satin dan contour sharp menyerlahkan struktur wajahnya. Eyeliner wing tajam memberi efek feline, dan bibir nude coklat matte pula melengkapkan penampilan yang penuh attitude.

Xenia Adonts
Xenia tampil dengan glamor klasik ala Old Hollywood. Rambut blowout berombak besar dengan volume dramatik membingkai wajahnya secara sensual dan feminin. Solekannya pula memperkukuh elemen glam tersebut, smokey liner yang sharp serta maskara tebal buat solekan matanya nampak lebih intense dan statement-ready.

Myha’la Herrold

Joan Smalls
Supermodel Joan Smalls tampil dengan aura fierce energy. Rambutnya dibiarkan loose waves yang natural, eyeliner tajam memanjang yang memberikan efek lifted dan confident. Solekan rona keemasan lembut pada matanya memberikan sedikit warmth pada penampilan sementara contour halus di pipi define tulang pipi dengan cantik. Strong, sleek dan powerful.

Monica
Monica hadir dengan high ponytail sleek lengkap dengan micro bangs. Hujung rambutnya diberi flip ala 60s, subtle detail tetapi mampu mbuat look nampak lebih playful. solekannya sangat understated dengan bibir brown nude yang chic.

Tina Leung
Penampilan Tina Leung menampilkan persona “Marc Jacobs doll.” Hadir dengan gaya rambut bun kerinting yang sedikit messy, memberi efek undone yang sengaja dibiarkan tidak terlalu sempurna. Solekannya pula clean dan balanced, membiarkan kulit tampak rata dan porcelain-like dengan kemasan lembut yang glowing secara subtle. Fokus utama adalah bibir merah yang bold dan dramatik manakala solekan mata dibiarkan minimal.

CT Hedden
Model dan muse fesyen CT Hedden tampil berani dengan solekan full beat yang dramatik, memecah trend glass skin. Wajah dan kening diputihkan dengan rona pekat, dipadankan dengan spider-lashes dramatik dan bibir merah over-lined yang bold. Look ini edgy, eksperimental dan penuh statement.

Artikel Berkaitan: 10 Tip Mix & Match Untuk Badan Petite
