Walaupun fesyen sering mencuri tumpuan, dunia kecantikan tidak kurang hebatnya. Dari solekan hingga rambut, setiap penampilan selebriti di Critics’ Choice Awards terasa seperti petunjuk awal ke mana arah trend kecantikan bakal bergerak sepanjang 2026.
Critics’ Choice Awards selalu menjadi pembuka tirai tahun baru dengan penuh glamor. Sebagai penanda permulaan musim anugerah Hollywood, ia memperlihatkan selebriti A-list tampil dalam fesyen memukau, seolah-olah memberi kita sneak peek kepada deretan momen red carpet yang bakal menguasai sepanjang tahun 2026.
Tahun ini, konsep minimalis sudah tidak lagi relevan. Pinterest sudah mengumumkan “XL glamour” sebagai trend utama, dengan elemen dramatik seperti blurry eyeliner, palet warna yang berani dan bibir dua tona yang tidak lagi terikat pada garis simetri yang sempurna. Malah, carian “avant-garde makeup editorial” melonjak sebanyak 270%, menandakan kreativiti luar biasa bakal menjadi norma. Dan selebriti Hollywood sudah tentu tidak ketinggalan, Jadi mari kita lihat beberapa momen kecantikan terbaik dari Critics’ Choice Awards tahun ini.
Ariana Grande
Ariana Grande tampil glamor ala Glinda dengan Rambut updo auburn digayakan kemas dengan ponytail melengkung yang memberi sentuhan klasik, sementara fringe flicky di bahagian hadapan menambah elemen playful pada penampilannya. Dari segi solekan, Ariana kekal setia dengan eyeliner wing ikoniknya yang dipadankan dengan bibir dan blush merah jambu.

Chase Infiniti
Rising star, Chase Infiniti mencuri perhatian di karpet merah dengan penampilan yang segar dan effortless. Pilihan fulani braids yang digayakan kemas memberi sentuhan unik dan moden, sementara solekannya tampil sebagai fokus utama. Eyeshadow bronze lembut memberi dimensi pada mata, dipadankan dengan bibir nude berkilau.

Elle Fanning
Dalam gaun emas yang memukau, Elle Fanning memilih solekan yang meraikan kecantikan semula jadi dengan sentuhan klasik. Palet blusher lembut memberi rona segar pada pipi, freckles halus dibiarkan menyerlah, dan bibir merah ceri matte menjadi fokus utama. Penampilannya terasa timeless, seakan old Hollywood glamour tetapi dibawa dengan cara yang moden.

Leighton Meester
Leighton Meester muncul dengan aura feminin yang sempurna, menyuntik keanggunan klasik pada karpet merah dengan gaun lavender lembutnya. Solekan clean girl dengan bibir cerise yang tajam memberikan kontras halus, memastikan look ini tidak terlalu polos. Rambut side swept yang jatuh lembut ke paras bahu menambah sentuhan elegen dan effortless.

Mia Goth
Mia Goth memukau dengan gaya minimal yang penuh karakter, membuktikan bahawa less can indeed be more di red carpet. Rambut high bun klasik memberi struktur yang kemas, dipadankan dengan makeup look yang soft dan bibir berkilau. Potongan curtain bangs flicky di bahagian depan menambah sentuhan santai yang menjadikan keseluruhan penampilannya terasa timeless.

Odessa A’zion
Bintang I Love LA, Odessa A’zion, memukau dengan penampilan yang bertenaga dan berkarakter. Rambut signature bouncing curls digayakan sempurna, dipadankan dengan gaun sequin perak dan lengan batwing yang dramatik menjadi highlights malam itu. Look glamor yang playful dan bold ini penuh personaliti, mencuri perhatian di red carpet.

Amanda Seyfried
Amanda Seyfried tampil ultra-feminine dengan bibir merah jambu yang menjadi fokus utama malam itu. Kulitnya kelihatan halus dan flawless, manakala kening yang disikat rapi serta eyeliner wing yang soft menambah definisi tanpa menghilangkan kelembutan wajahnya. Look ini terasa klasik seolah-olah dongeng moden yang hidup di tengah glamor.

Artikel Berkaitan: 17 Gaya Karpet Merah Terbaik di Critics Choice Awards 2026
