Kali ini, Eyka Farhana mengongsikan rutin kecantikan paginya bersama peminat melalui video format pendek selama 1 minit dan ia mencatat tontonan sebanyak 1 juta di TikTok!
Pelakon Eyka Farhana, amat didambakan oleh peminat akan rahsia kecantikannya tatkala pelakon berusia 28 tahun itu masih kelihatan muda remaja dengan wajah yang polos tanpa garis kedutan wajah. Selain berlakon, influencer kecantikan dan fesyen ini juga dikenali dengan pesona dan keanggunannya, tidak terlepas dari dedikasi dan kedisiplinan dalam menjalani rutin kecantikan setiap hari walau sibuk seharian kerja di dalam mahupun diluar negeri.
Eyka Farhana bukan hanya sekadar wajah cantik di dunia maya, tetapi juga telah menginspirasikan banyak orang melalui jurnal kecantikannya yang autentik dan terbuka mengongsikannya kepada peminat.
@misseyka.f Good morning from jakarta 🇮🇩❤️ GRWM for shoot 💃
Jika sebelum ini Eyka Farhana mengongsikan tip solekan, kini pelakon jelita ini mengongsikan pula rutin kecantikan paginya di Jakarta dengan video formatkan pendek berdurasi selama 1 minit di TikTok. Semak produk yang digunakan pelakon ini:
1. Sephora Vitamin Eye Masks – Bio-cellulose Eye Patches (RM15)
Topeng kecantikan mata ini amat direkomendasikan oleh pengarang kepada mereka yang memiliki mata sembab angkara tidur tidak teratur dan kerja yang keterlaluan di minggu hari. Kaya dengan bahan kandungan seperti AHAs / Glycolic Acid, Anti-oxidants, Clean at Sephora, Gluten-free, Paraben-free, Sulphate-free, Vitamins, ia membantu mencerahkan lingkaran hitam bawah mata dan meremajakan kulit dengan ekstrak betik dan vitamin C. Lebih bagus, simpankan topeng mata ini di peti sejuk semalaman sebelum guna dan aturkan ia sebelum rutin kecantikan wajah lain.
2. Sephora Fiber Face Masks – Watermelon – Quenching & Plumping (RM15.00)
Fiber Face Masks ini mudah dijumpai di Sephora dan ia memiliki enam jenis kegunaan topeng muka yang pelbagai rasa dan bau buah-buahan yang menyeronokkan. Bagi Eyka, beliau menggunakan Watermelon – Quenching & Plumping – khas untuk melembapkan dan menggebukan kulit wajah.
3. medicube [Glow Booster] Age-R Booster-H (RM880)
Eyka menggunakan Age-R Booster-H, alatan urutan kecantikan pada lapisan kulit, melepasi bahan aktif dengan cepat dan membantu mengembalikan keserian kulit. Cara terbaik untuk menggunakan topeng muka ini adalah biarkan sheet mask pada muka selama 10 minit sebelum ditanggalkan dan urut bersama lebihan serum yang tinggal. Tak perlu bilas. Elakkan terkena mata.
4. Augustinus Bader – The Leave-In Hair Treatment (RM410)
Selepas rutin kecantikan wajah, kini tiba masanya untuk penjagaan rambut pula. Eyka menggunakan Augustinus Bader – The Leave-In Hair Treatment pada rambut separa basah dan kering. Rawatan rambut berkrim ini membantu merawat kerosakan rambut kering akibat tekanan harian. Formula yang meningkatkan kelembapan dan kilauan, memberikan rambut lantunan semula jadi dan menyokong pengurangan rambut gugur, hujung bercabang.
5. Augustinus Bader – The Face Oil (RM1,125)
Dalam artikel sebelum ini, Eyka amat menggemari produk Augustinus Bader, dan ini merupakan item ke-empat Augustinus Bader yang dimilikinya. Formula yang kaya dengan minyak botani termasuk perapi babassu, hazelnut, antimicrobial karanja dan delima membantu memulihkan, cepat menyerap ke dalam kulit untuk tujuan menyuburkan, menghidrat, menghalus dan melindungi wajah serta-merta.
Memberikan hasil kulit wajah yang anjal dan keserian yang berpanjangan, Augustinus Bader – The Face Oil tidak berminyak dan berat pada kulit sesuai untuk semua jenis kulit.
6. Dyson Airwrap™ multi-styler and dryer Complete Long in Topaz orange (RM2,549)
Langkah terakhir, semestinya dandanan rambut! Alat styling rambut yang pelbagai ini tidak hanya memikat mata dengan desainnya yang elegan dalam warna Topaz Orange yang menawan, tetapi juga menawarkan pelbagai jenis sikat canggih untuk menciptakan gaya rambut yang indah dan sihat. Tidak hairan mengapa rambut Eyka sentiasa dalam keadaan cantik dan kemas pada tiap gambar mayanya.
Baca: Get Ready With: Eyka Farhana Kongsi Tip Solekan Di Tiktok